Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Gerun! Rakaman Kilat...

SEORANG lelaki dari Florida, Amerika Syarikat secara tidak sengaja berjaya merakam kejadian sebuah...

Remaja Dijel Timbang PlayStation...

SEORANG remaja di Perancis dipenjarakan selepas membeli PlayStation 4 pada harga sangat murah...

RM2 Juta Jenamakan Semula...

KULIM - Sejumlah RM2 juta diperlukan bagi menjenamakan semula kawasan rekreasi Air Terjun...

Lokasi Penubuhan IPD Dalam...

JOHOR BAHRU - Lokasi penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seperti mana diumumkan...

Faktor Bekalan Punca Fama Tak Eksport Harumanis

KANGAR – Mempelam harumanis sentiasa mendapat permintaan tinggi di luar negara pada setiap promosi yang dibuat namun faktor bekalan yang terhad dan tidak konsisten menyebabkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tidak dapat memenuhi permintaan tersebut, kata Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Beliau berkata selagi pengeluaran harumanis tidak terjamin, FAMA tidak akan memberi tumpuan kepada pengeksportan buah ikon Perlis itu.

“Bila buat promosi dan dapat tempahan tetapi tidak dapat bekal hanya merugikan kita. Lebih baik kita tumpu untuk penuhi permintaan pasaran tempatan dahulu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Jimat Belanja Dapur (JBD)@Pasar Tani peringkat negeri Perlis di sini, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Perlis Datuk Dr Syed Sharifuddin Syed Ihsan mewakili Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man merasmikan program tersebut di perkarangan pejabat FAMA Perlis.

Mengulas lanjut, Badruddin berkata harga mempelam harumanis tahun ini dijangka lebih tinggi kerana pengeluaran tidak banyak walaupun musimnya akan berlarutan sehingga Ogos.

Mengulas isu berkaitan, Badruddin menafikan FAMA membeli hasil pertanian pada harga terlalu rendah.


“Jika petani mahukan harga terbaik termasuk harga eksport kenalah jaga kualiti buah barulah boleh dapat pulangan yang diharapkan,” kata Badruddin sambil menambah FAMA yang mendapat nama buruk jika menjual produk tidak berkualiti menggunakan jenama agensi itu.

Sementara itu katanya FAMA bekerjasama dengan SIRIM menghasilkan pembungkusan baharu untuk harumanis yang akan dilancarkan dua minggu lagi.

Mengenai program JBD, beliau berkata FAMA dalam proses mewujudkan Sudut JBD yang menjual semua 27 jenis barang kawalan di setiap pejabat FAMA negeri dan daerah di seluruh negara selain memberi peluang orang ramai membawa hasil mereka untuk dijual secara terus pada harga patut kepada pembeli.

Beliau berkata usaha tersebut juga bertujuan mencegah kartel mengawal barang keperluan rakyat yang kadangkala ‘hilang’ dari pasaran. – BERNAMA

Kategori