ARTIS yang kena tampar tapi pihak pengurusan yang melatah lebih. Baru-baru ini, naik satu isu kononnya penyanyi Aiman Tino telah ditampar oleh pelakon senior, Fazlina Ahmad Daud.
Insiden pelik tersebut dilaporkan berlaku ketika mereka berada di set penggambaaran drama bersiri komedi popular Mak Cun 4. yang kini ditayangkan menerusi stesen TV3.
Baca: Aiman Sanggup Ditampar Ulang Kali Demi Watak
Bagaimanapun, insiden itu telah mendapat perhatian kakak kepada Fazlina iaitu Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra disapa sebagai Ogy, kerana adiknya telah ‘diserang’ oleh peminat penyanyi baru itu.
“Saya hantar mesej kepada Baby (Fazlina) dan bertanya apa sebenarnya berlaku dan bertanya kepada dia sejak bila pula dia jadi guru lakonan?
“Apabila dia menjelaskan situasi sebenar saya jadi marah dan ingin jumpa dengan Aiman dan pihak pengurusannya yang dikatakan tidak puas hati dengan kejadian itu,” katanyaa dipetik portal mStar Online.
Menurut Ogy, 56, dia berasa agak berang kerana insiden itu bagaikan telah merosakkan nama baik adiknya itu dan tujuan utama dia untuk berjumpa dengaan Aiman bersama pihak pengurusannya ialah bagi mendapatkan penjelasan mereka.
Namun, Fazlina yang lebih mesra disapa dengan panggilan Baby di dalam ahli keluarga mereka telah melarang Ogy daripada berbuat demikian kerana mahu menyelesaikan perkara itu sendiri.
Minggu lalu, kecoh di kebanyakan portal online tempatan selepas terbitnya beberapa artikel tentang kononnya penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu telah ditampar oleh seorang pelakon senior, iaitu Fazlina sendiri.
Dalam masa yang sama, difahamkan pihak pengurusannya berasa tidak berpuas hati dan mahu mengambil tindakan susulan atas kejadian berkenaan.
Sebagai pelakon lama, Fazlina menegaskan bahawa kejadiaan itu bukanlah disengajakan tetapi bertujuan untuk memastikan Aiman dapat memberikan lakonan yang baik kerana menerusi babak berkenaan, penyanyi itu perlu menyampaikan emosi yang sepatutnya iaitu marah dan sedih.
Selain itu, Aiman juga telah menjelaskan bahawa dia menganggap perkara itu merupakan proses baginya untuk belajar menjadi pelakon yang berjaya dan turut berterima kasih kepada Fazlina kerana banyak beri tunjuk ajar kepadanya.
Hati kakak mana yang tidak sakit bila adiknya dikaitkan dengan kontroversi tidak berasas itu kerana selama ini Ogy sehabis baik telah menjaga nama mereka adik beradik dan nama ibu bapa mereka yang turut merupakan pelakon ketika era 1950-an iaitu Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah.
“Ketika saya bertanya kepada Baby mengenai perkara ini saya beritahu dia jangan malukan arwah ibu bapa kami. Saya memang menjaga mengenai perkara itu.
“Saya kenal adik saya dan apa yang berlaku bukan seperti yang digembar-gemburkan malah saya bertanya sendiri kepada pengarah dan penerbitnya, Erma Fatima yang berada di lokasi tentang situasi sebenar.
“Erma sendiri mengesahkan kepada saya tiada apa-apa yang berlaku di set malah hubungan Aiman dan Baby okay sahaja cuma isu itu diperbesar-besarkan,” katanya lagi.
Dalam artikel sebelum ini, Aiman ada memberitahu bahawa dia tidak kisah ditampar banyak kali demi untuk mendapatkan emosi yang dimahukan oleh pengarah.
Bukan itu sahaja, dia juga tidak berasa marah atau sakit hati dengan pembelajarannya itu dan tetap menganggap ia sebagai proses pembelajaran sebagai seoranga pelakon baharu. – MYNEWSHUB.CC/AH