Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Vida Beauty Pertimbang Tarik...

KOTA BHARU - Syarikat Vida Beauty akan menarik balik penajaan sekiranya prestasi skuad...

Wabak Rabies Ragut Nyawa...

SHAH ALAM - Wabak rabies atau penyakit anjing gila meragut nyawa mangsa ke-21...

Pengulas Ini Kesal Azan...

SETAHUN lalu, dunia Islam gempar apabila sebuah kelab malam di Tunisia diarah tutup...

Tiga Maut Dalam Kemalangan...

IPOH - Seorang pemandu lori dan dua penumpangnya maut dalam kemalangan membabitkan tiga...

Felda United Kekal Pendahulu Liga Premier

MARAN – Felda United mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Premier selepas menumpaskan Sarawak 3-2 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka di sini malam tadi.

Namun, pasukan pelawat terlebih dahulu berada di hadapan apabila​​​​​ membuka tirai jaringan menerusi Bobby Gozales selepas menerima hantaran Mateo Roskam pada minit ke-11.

Ketinggalan satu gol, Felda United bangkit melancarkan serangan merbahaya ke arah kubu Sarawak.

Pada minit ke-44, usaha keras Felda United membuahkan hasil apabila Thiago Augusto Fernandes menanduk masuk bola ke gawang lawan selepas bijak menyambut hantaran Ramsay, menjadikan kedudukan terikat 1-1.

Bersambung babak kedua permainan, pasukan tuan rumah dilihat lebih agresif untuk menambah jaringan berbanding Sarawak yang lebih banyak bertahan.

Pada minit ke-66, kapten Felda United, Muhammad Shukor Adan meletakkan pasukannya di hadapan apabila rembatannya dari luar kotak penalti menerjah ke gawang Sarawak.


Namun, pasukan pelawat yang ketinggalan enggan mengalah dengan meledakkan gol penyamaan pada minit ke-79 melalui Bobby Gonzales yang pantas menyambar hantaran Mateo Roskam.

Pada minit ke-86, Thiago Augusto memastikan kemenangan Felda United apabila menanduk masuk bola ke gawang lawan selepas menerima hantaran Ramsay.

Keputusan 3-2 berpihak kepada Felda United itu kekal sehingga wisel penamat. – BERNAMA

Kategori