Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Khairil Aslan Selamat Tiba...

PONTIAN - Jalan berbukit, berliku dan berpasir ternyata tidak mematahkan semangat misi kayuhan...

Isu Hakisan Pantai Bagan...

BAGAN DATUK - Masalah hakisan pantai berhampiran muara Bagan Sungai Tiang dan sekitarnya...

Stadlen Tinggalkan Malaysia Sebelum...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Urusan Apco Worldwide Malaysia, Paul Geoffrey Stadlen yang...

Salih Yaacob Akui Bukan...

KALAU tanya kat semua lelaki mata keranjang pasti mereka mahu berpoligami dan mempunyai...

Fendy Pelakon Hebat, Eyra Doakan Kesihatan ‘Mr. Grey’

BERIKUTAN berita mengejut tentang tahap kesihatan pelakon utama drama Mr Grey, Fendy Bakry yang semakin merosot, pelakon gandingannya, Eyra Hazali akui terkejut dengan kejadian itu.

Baca: Sukar Bercakap, Kesihatan ‘Mr. Grey’ Makin Merosot

Juga: ‘Mr. Grey’ Jatuh Sakit, Balik Kampung Untuk Berubat

Menurut Eyra dia hanya mengetahui tentang kejadian itu daripada salah seorang saudaranya tentang berita kesihatan Fendy selepas ia dilaporkan oleh pihak media sejak beberapa hari lalu.

“Sebaik tahu Fendy sakit, saya akui rasa sedih juga kerana dia tidak dapat mengikuti aktiviti promosi drama lakonan kami.

“Patutlah, sejak daripada promosi awal drama ini lagi memang Fendy tidak pernah sertai walau sekali pun,” katanya dipetik daripada portal Harian Metro.

Tambah pelakon berusia 19 tahun itu lagi, dia turut berasa pelik kerana setiap kali mereka mahu mempromosikan drama berkenaan, pasti Fendy tidak terlibat sama.

Sebagai pelakon utama, peminat pasti mahu melihat kedua-dua pasanan hero dan heroin drama kegemaran mereka namun disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan, Eyra terpaksa keseorangan.

Dalam masa yang sama, Eyra turut berharap agar kesihatan Fendy akan kembali seperti sedia kala dan dijauhkan daripada sebarang penyakit yang sedang dihidapinya.

“Sepanjang penggambaran drama Mr. Grey, saya memang tidak nampak Fendy macam orang yang kurang sihat dan sakit.

“Dia sentiasa ceria di set penggambaran dan sentiasa ingatkan saya mahu pun ibu supaya jaga kesihatan kami.


“Apapun, saya tidak nafikan Fendy ada juga mengadu dia penat. Tetapi, hanya itu saja dan tak sangka pula dia ada sakit,” ujarnya lagi.

Malah, peminat dan penonton drama tersebut turut mendoakan kesihatan hero kegemaran mereka.

Baca: Lakonan Diterima, Loghat Utara Angkat Nama Eyra

Drama Mr. Grey kini semakin mendapat perhatian penonton apabila kedua-dua pelakon memberikan lakonan yang terbaik.

Selain Eyra dan Fendy, antara barisan pelakon hebat yang turut bergandingan dalam drama berkenaan ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy, Lisdawati, Gambit Saifullah, Mardiana Alwi, Kayda Roslan dan ramai lagi.

Bagaimanapun, Eyra menyifatkan bahawa Fendy merupakan seorang pelakon yang kuat semangat untuk berjuang kerana bakat lakonannya sangat diperlukan dalam industri masa kini.

Kali terakhir pelakon kelahiran ibu kota Kuala Lumpur itu berjumpa Fendy ialah ketika Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) pada awal bulan lalu semasa mereka berjalan bersama di red carpet. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori