PELAKON, Datin Paduka Umie Aida meluahkan rasa kesal apabila filem lakonannya berjudul Dukun menjadi ‘mangsa’ lanun cetak rompak dan dijual di pasaran gelap.
Umie berkata, beliau mengakui amat sedih dan kecewa dengan tindakan biadab pihak tidak bertanggungjawab yang āmembunuhā industri filem tempatan dengan aktiviti cetak rompak.
āSaya rasa peminat sekarang sudah tidak membeli cetak rompak kerana masalah kualiti dan satu pembaziran. Namun, saya seru semua pihak memboikot dan bersatu dalam usaha membanteras isu cetak rompak ini.
āKalau tiada permintaan, lambaklah banyak mana pun filem cetak rompak, orang tak akan beli. Saya percaya usaha ini tidak boleh dipikul oleh satu individu tetapi semua pihak perlu bersatu,ā kata Umie dipetik sebuah portal online.
Menurut Umie lagi, beliau tidak meluahkan kerisauannya terhadap filem Dukun sahaja tetapi turut mewakili penggiat seni lain yang terlibat dalam menerbitkan filem-filem tempatan.
āBukan sahaja saya risau sebab Dukun, tetapi juga untuk filem-filem lain yang akan ditayangkan selepas ini. Kalau kita tak banteras isu ini, sampai bila kita perlu berdepan dengan masalah sama?ā ujar Umie lagi.
Sehubungan itu, Umie menggesa agar orang ramai memboikot gejala cetak rompak kerana kuasa tersebut hanya terletak di tangan para pengguna.
Selain itu, Umie juga meminta agar semua pihak berfikir jauh dan sama-sama berusaha mencari pendekatan bagi membanteras masalah cetak rompak.
āKepada individu yang mencetak rompak filem-filem tempatan, sedarlah. Bukan senang kami sebagai pelakon, kru-kru produksi khususnya menghasilkan sebuah filem untuk tontonan peminat.
āJangan fikir nak kaut untung tetapi dalam pada masa yang sama, membunuh industri. Saya sedih sangat bila peminat-peminat bagi tahu Dukun telah dicetak rompak,ā gesa pelakon wanita tersebut.
Selepas 12 tahun āterperamā, filem arahan Dain Said ini akhirnya bertemu penonton di layar perak buat kali pertama pada 5 April lalu.
Filem kontroversi tersebut malah mencatatkan sejarah buat syarikat penerbitannya apabila berjaya meraih kutipan tertinggi sehingga RM1.5 juta pada hari pertama tayangannya.Ā ā MYNEWSHUB.CC/AM