Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Teruja Naik Gaji’

Putrajaya : Penjawat awam menyambut baik pengumuman mengenai kenaikan kadar gaji melebihi 13...

Lelaki Buat Kerja Rumah...

KUALA LUMPUR - Stigma masyarakat Malaysia beranggapan lelaki yang membuat kerja-kerja wanita di...

Syor Bank Lanjut Moratorium...

KUALA LUMPUR : Moratorium yang berakhir esok wajar dilanjutkan untuk tempoh minimum enam...

Tidak Haram Bela Anjing...

KUALA LUMPUR - Ketua Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Ji Wan...

“Filem Dukun Tidak Sesuai Ditayang Kategori P13”

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak berkuasa yang mengklasifikasikan filem, Dukun sebagai P13 iaitu penonton melebihi usia 13 tahun dengan pemantauan ibu bapa.

Menurut Ketua Aktivis (PPIM), Datuk Nadzim Johan, beliau sama sekali tidak bersetuju dengan hal tersebut kerana berpendapat ia tidak sesuai ditonton oleh mereka yang berada dalam kumpulan peringkat umur berkenaan.

“Bagi saya filem-filem sebegini sepatutnya perlu diberi perhatian sewajarnya kerana ia bukan saja memaparkan budaya ganas dan tahyul, malah boleh memberikan kesan negatif kepada penonton, khususnya kanak-kanak,” katanya dipetik sebuah portal Online.

Sementara itu, pengarah dan produser Ahmad Idham Nadzri turut meluahkan rasa kesal apabila tayangan filem berkenaan diadakan serentak dengan filem terbaharu arahannya berjudul Qhaliq.

Pun begitu, beliau enggan menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung hal tersebut sebaliknya ‘undur diri’ bagi memberi laluan kepada filem berkenaan.


“Sama ada satu untung atau satu rugi, atau ‘membunuh’ kedua-duanya sekali. Namun saya tidak nafikan wujudnya rasa terkilan dan teraniaya. Saya tak tahu apa agenda mereka,” ujar Idham.

Baca: Beri Laluan Kepada Dukun, Qhaliq Sedia ‘Undur Diri’

Setelah ‘diperam’ selama hampir 12 tahun, filem bergenre mistik yang diadaptasi daripada kisah bomoh terkenal Mona Fandey, Dukun akhirnya bakal bertemu penonton di layar perak ada 5 April ini. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori