MEDIA sosial sepatutnya digunakan secara baik dan bukannya untuk menyebarkan ‘kuasa’ negatif. Tapi kini, lebih banyak yang buruk daripada yang baik tentang penggunaan media sosial.
Baca: Fasha Sandha ‘Payung’ Aset, Bikin Warga Netizen Panas
Baru-baru ini, pelakon meletup, Fasha Sandha dikecam oleh netizen disebabkan pakaiannya yang menampakkan ‘asetnya’ kepada umum ketika majlis malam berinai pelakon Elvina Mohamad.
Kini, gambarnya yang mesra ‘overload‘ bersama-sama adiknya sendiri, Ikmal Daniel, 21, pula telah menimbulkan rasa kurang selesa kepada netizen yang melihat.
Bagai ‘kalis’ kecaman, Fasha sekali lag mengulangi kesilapannya dengan memuat naik gambar mesra sedang berpelukan manja dengan adiknya yang juga merupakan seorang deejay menerusi akaun Instagram miliknya ketika majlis hari lahir Datuk Seri Aliff Syukri, semalam.
Walaupun mereka merupakan pasangan adik beradik tetapi ramai netizen berasa tidak selesa disebabkan ekspresi wajah yang ditunjukkan oleh Fasha.
Malah, ramai menegurnya supaya menjaga batas dengan adiknya memandangkan Ikmal kini sudah semakin dewasa dan berharap agar pelakon drama Syurga Yang Kedua itu lebih berhati-hati jika ingin berkongsi gambar di media sosial.
Menurut sebuah akhbar tempatan, dikatakan Ikmal tidak mahu kakak kesayangannya itu berumah tangga buat kali kedua kerana mahu ibu kepada dua cahaya mata itu meluangkan banyak masa bersama-sama mereka sekeluarga.
“Saya suka dia hidup macam sekarang. Lebih banyak luangkan masa bersama keluarga.
“Kalau dia kahwin, takut nanti kurang masa bersama kami. Apatah lagi jadual kerjanya padat,” katanya.
Bagaimanapun, sebagai seorang adik, dia mahukan yang terbaik buat kakaknya dan berharap agar suatu harti nanti ketika jodoh Fasha sudah sampai, dia pasti akan menjadi orang yang paling bahagia sekali..
Selain itu, dia turut mendoakan semoga kakaknya dipertemukan jodoh bersama dengan seorang lelaki yang benar-benar mencintai diri kakaknya itu. – MYNEWSHUB.CC/AH