Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

‘Pesawah Terima Bayaran RM10...

Bantuan khas RM10 juta perkongsian untung Padiberas Nasional Bhd (Bernas) kepada pesawah akan...

ADUN Mahkota, Johor Kritikal,...

JOHOR BAHRU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed...

Hadi Nafi Pernah Tuduh...

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, pada malam tadi menegaskan dia tidak pernah menuduh...

Sistem Pengangkutan Awam Penuhi...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus menangani...

Gagak ‘Selamba’ Cabut Bulu Panda, Buat Sarang

GELAGAT seekor burung gagak mencabut bulu seekor panda gergasi untuk dijadikan sarangnya di sebuah zoo di Beijing, China telah mencuit hati pengunjung yang sempat merakam aksi berkenaan.

Lapor akhbar tempatan, gagak itu dengan selamba mencabut bulu seekor panda gergasi di bahagian paling sensitif iaitu di punggung haiwan tersebut menggunakan paruhnya.

Unggas itu lalu dengan ‘selambanya’ terbang pergi dari kawasan tersebut selepas menyedari haiwan kebangsaan China berkenaan perasan akan tindakannya.

Tindakan gagak itu semakin mencuri perhatian apabila menggunakan bulu panda yang diperolehnya tadi sebagai bahan dalam pembinaan sarangnya.

Sempat melihat aksi berkenaan, pelancong dan pengunjung Zoo Beijing jelas terhibur dan sempat mengambil beberapa foto dan rakaman dua haiwan berkenaan.


Keunikan sarang gagak tersebut yang dibina menggunakan bulu panda menyebabkan orang ramai telah menamakannya sebagai ‘Hermes’ yang dianggap sarang paling mewah berbanding unggas lain.

Seorang rakyat China yang berada semasa aksi tersebut berlaku memberitahu, sarang tersebut akan menjadi terkenal dan berharga.

“Menggunakan bulu haiwan kebangsaan China? Burung gagak ini perlu menyimpan sarangnya untuk beberapa tahun lagi,” kata individu terbabit yang dikenali sebagai Yuanyuandixiaoza. – MYNEWSHUB.CC

Kategori