Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dr Noor Hisham Muncul...

KUALA LUMPUR - Setiap individu boleh menjadi wira melawan COVID-19 hanya dengan mengamalkan pembudayaan norma baharu yang...

MH17: Butiran Jenazah Dibawa...

PUTRAJAYA - Senarai nama 20 rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17 yang akan dibawa...

Tercabut Akibat Ribut: DBKL...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil langkah proaktif bagi membantu...

AS Beri Amaran Sedia...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump memberi amaran Amerika Syarikat (AS) sudah mengambil kira...

Gajah Asia Kini Diancam Dagangan Kulit

BANGKOK – Diburu untuk gadingnya yang cukup bernilai, gajah Asia kini menghadapi ancaman baharu untuk kelangsungan hidupnya – pemburu yang giat memperdagang kulitnya.

Sebuah badan amal konservasi haiwan United Kingdom, ‘Elephant Family’ yang menjalankan penyiasatan mengenai perdagangan kulit gajah yang meningkat berkata, perniagaan itu mendorong ke arah lupusnya gajah Asia yang kini populasinya mengecil.

“Perdagangan yang menyasarkan gajah dengan tidak mengira umurnya boleh mencetuskan bencana kepada populasi kecil haiwan itu yang kurang dilindungi, dan yang merupakan spesies lambat membiak,” kata pengarah badan itu, Belinda Stewart-Cox kepada media di sini hari ini.

The Elephant Family juga melancarkan laporan siasatan baharu berjudul, “Skinned – The Growing Appetite for Asia Elephants”, yang menarik perhatian terhadap meningkatnya akitviti memburu haiwan itu untuk memperdagang kulitnya.

Badan amal itu mengambil masa empat tahun sejak 2014 mengkaji perdagangan haram gajah Asia dan penyelidikan menunjukkan perdagangan kulit ini terus meningkat.

“Kulit gajah digunakan untuk dijadikan manik rantai tangan dan leher dan juga loket,” kata Stewart-Cox.

Kulit gajah juga dikeringkan untuk dijadikan serbuk, digunakan sebagai bahan produk ubatan yang dikatakan b oleh menyembuh sakit perut.


Kulit itu diadun dengan lemak gajah untuk dibuat krim mengubati sakit kulit.

Pada masa ini, katanya sumber utama kulit gajah datang dari Myanmar di mana pegawai-pegawai mengenal pasti krisis memburu merebak dengan pesat sejak 2010.

“Jumlah besar pengimport, pedagang dalam talian, jurujual dan pengguna adalah di China,” katanya.

Stewart-Cox menggesa diadakan kerjasama dalam kalangan kerajaan dan masyarakat sivil bagi menangani isu berkenaan yang mengancam kelangsungan hidup gajah Asia. – BERNAMA

Kategori