Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Beri Donat Juadah Berbuka...

PASIR GUDANG: Wanita yang disyaki mengelar bayinya sehingga mati, semalam, sempat berkunjung bersama...

Dua Pasangan Suami Isteri...

SUNGAI PETANI - Dua pasangan suami isteri antara lima individu ditahan bersama 6,165...

Banyak Peluang Orang Asli...

PASIR SALAK - Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani telah membuka lebih banyak...

Pembangkang Sah ‘Hijack’ Acara...

SELAMA berbulan-bulan, satu Malaysia malah satu dunia dikhabarkan perhimpunan haram Bersih 4.0 menjelang...

Geely Bekerjasama Aisin Keluar Kotak Gear Automatik

BEIJING – Geely Luo You Engine Company Ltd., anak syarikat Geely Auto Holding Group Ltd. hari ini mengumumkan usaha sama dengan Aisin AW Company Ltd. yang berpangkalan di Jepun bagi pengeluaran kotak gear enam kelajuan, dengan perancangan awal untuk mengeluarkan 400,000 unit setahun.

Usaha sama itu juga merangkumi pengeluaran bahagian-bahagian serta jualan, kata Geely dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini di luar acara Pameran Automotif Antarabangsa Beijing 2018 (Auto China 2018) yang berlangsung dari 25 April hingga 4 Mei.

Di bawah rangka kerja perjanjian itu, usaha sama tersebut akan mempunyai modal berdaftar US$117 juta, dengan Aisin memegang 60 peratus pegangan dengan menyuntik US$70 juta (US$1 = RM3.90) manakala Geely Luo You memegang baki 40 peratus dengan melabur sebanyak US$46.80 juta.

Aisin, yang ditubuhkan pada 1969, telah berkembang dan meraih bahagian pasaran yang besar dalam pasaran global bagi kotak gear automatik.

Geely berkata dengan pelancaran dua strategi terasnya – 20200 Strategy dan Blue Geely Initiative, kumpulan itu menerima permintaan tinggi terhadap kotak gear automatik berkualiti tingginya yang menawarkan enam gear dan kapasiti pengeluaran kotak gear Geely sendiri tidak mampu menampung permintaan.

“Pembentukan usaha sama baharu ini akan membolehkan Geely memperkenalkan produk baharu yang disesuaikan dengan permintaan pengguna bagi pemanduan yang berkualiti serta keselesaan dan kecekapan bahan api.

“Dengan membentuk usaha sama baharu, Geely dapat mengambil bahagian dalam pengurusan operasi dan mengurangkan kos pembelian dan meningkatkan kecekapan,” kata syarikat itu.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group, An Conghui mengulas: “Dengan membentuk usaha sama baharu ini dengan Aisin, kami akan dapat meningkatkan kecekapan teras Geely dalam pembangunan dan pengeluaran powertrain dan mempercepatkan inisiatif 20200 Strategy dan Blue Geely Initiative kami.

“Bemula hari ini, kedua-dua pihak akan dapat bekerjasama dalam pembangunan teknologi dan aplikasi bagi mewujudkan perkongsian strategik jangka panjang,” katanya.

Geely Auto Group ialah pengeluar kereta utama yang berpangkalan di Hangzhou, China, dan diasaskan pada 1997 sebagai anak syarikat Zhejiang Geely Holding Group. Ia menjual kenderaan di bawah jenama Geely Auto. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori