Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sistem Tadah Air Hujan...

KUALA LUMPUR - Amalan mendapatkan bekalan air menerusi Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)...

Trak Tarik Trak Tarik…...

MALANG tidak berbau. Jangan disangka kenderaan berat amat berkuasa, malah kehebatan trak tunda...

ASEAN, China Setuju Mengenai...

BANGKOK-  Para pakar dari ASEAN dan China bersetuju pelan tindakan memerangi keganasan dikemukakan...

Penceramah Dr. Zakir Naik...

PENCERAMAH antarabangsa, Dr. Zakir Naik kini berada di Malaysia selepas menghadiri persidangan tahunan...

Gementar Tak Halang Alia Sazana Bidik Gangsa

BRISBANE – Perasaan gementar yang dihadapi ketika aksi final, sedikit pun tidak menjejas prestasi penembak negara Alia Sazana Azahari sebaliknya beliau kekal fokus hingga berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 25m pistol wanita di Sukan Komanwel 2018 hari ini.

Dalam aksi final yang berlangsung di Belmont Shooting Centre, tangan penembak negara berusia 26 tahun itu kelihatan menggeletar selepas mengumpul 26 mata pada aksi final.

“Saya menggeletar dan gugup, sambil gementar sepanjang masa. Namun tetap memberi tumpuan dan fokus terhadap sasaran saya.

“Ini pingat pertama Komanwel saya. Saya gembira dapat beri sumbangan kepada negara dan pasukan saya. Impian jadi kenyataan. Saya dedikasikan pingat ini kepada ibu saya yang menyambut ulang tahun kelahiran dua hari lalu dan sebagai hadiah awal ulang tahun hari jadi bapa saya,” katanya.

Dalam pada itu, Alia Sazana mengakui bahawa rakan sepasukan yang juga penembak senior, Bibiana Ng banyak membantu dan memberi dorongan kepadanya untuk terus maju dalam acara berkenaan.


Bibiana yang turut mara ke aksi final, menamatkan saingan di tempat ketujuh dengan mengutip 12 mata.

Pingat emas dimenangi penembak India, Heena Sidhu dengan 38 mata manakala penembak tuan rumah, Australia, Elena Galiabovitch meraih perak dengan 35 mata. – BERNAMA

Kategori