Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Tempoh Rawatan Zamani Telah...

INDUSTRI hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan berita mengenai bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim...

Beri Mandat Mukim, Kampung...

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menegaskan sudah tiba masanya...

Cengal RM3 Juta Disorok...

JERTIH - Kira-kira 300 tan kayu cengal bernilai RM3 juta yang ditempatkan sindiket...

Wajah Jelita Bertukar Aneh...

Mendapat gelaran 'Beauty of Qingdao', model terkenal Li Ying Zhi popular di China...

Gempar Banyak Rakun Berubah Menjadi Zombie

KECOH… Ibarat filem seram Korea Selatan, A Train To Busan atau aksi Hollywood menerusi filem World War Z, namun kisah kali ini memang benar berlaku dan bukan lagak ngeri fiksyen sains.

Media Amerika Syarikat (AS) sendiri melaporkan dalam tiga minggu terakhir, pihak polis Youngstown, Ohio menerima pulahan laporan tentang rakun yang bertindak aneh seperti zombie pada waktu cerah siang hari.

Seorang penduduk bernama Robert Coggeshall dipetik akhbar The Washington Post minggu lalu menceritakan dia melihat seekor rakun yang berkelakuan agak aneh ketika haiwan itu sedang bermain dengan anjing peliharaannya.

“Rakun itu berdiri dengan kaki belakang dan mempamerkan gigi tajam. Air liurnya meleleh dari mulut. Namun tiba-tiba ia jatuh dengan keadaan mirip koma. Jatuhnya tidak lama, sebelum langsung bangun dalam situasi lemah.

“Tubuh badan haiwan ini seolah-olah berputar, kemudian rakun tersebut bangkit semula dengan kaki bahagian belakangnya lagi. Kejadian seperti itu berulang kembali dua sampai tiga kali,” kata Robert kepada harian tersebut.

Terkait situasi yang menyeramkan ini, Jabatan Hidupan Liar Negeri Ohio berkata kepada kepada stesen televisyen tempatan, WKBN-TV, perilaku rakun itu bukan kerana penyakit rabies tetapi kemungkinan menderita distemper.

“Rakun benar-benar mudah terdedah kepada penyakit yang mungkin dapat menghancurkan populasi mereka sendiri,” kata Geoff Westerfield, seorang pakar biologi mergastua di bahagian hidupan jabatan berkenaan.


Menurut laporan American Kennel Club (AKC) pula, penyakit itu disebabkan oleh kuman serius bernama virus distemper canine yang lazim menyerang anjing dan pelbagai haiwan liar seperti rakun, rubah, serigala dan musang.

Ia termasuk dalam keluarga paramyxoviruses dan tular berjangkitan dengan virus yang menyebabkan penyakit campak kepada tubuh manusia. Virus ini biasanya mampu menyerang sistem pernafasan, pencernaan dan saraf.

Menurut laporan American Veterinary Medical Association (AVMA), gejala awal jangkitan itu dikesan dengan keluarnya nanah dari mata, demam, selera makan berkurangan, keluar cairan dari hidung, batuk dan muntah.

Persatuan doktor haiwan kebangsaan di AS itu mencatatkan, setelah penyakit disebarkan, haiwan itu dapat mengembangkan gejala neurologis termasuk kedutan otot, kejang dengan gerakan rahang sehingga kelumpuhan.

Binatang biasanya menunjukkan perubahan perilaku seperti kepala senget. Ciri-ciri distemper itu mirip dengan rabies. Pihak polis setempat dilaporkan membunuh 14 ekor rakun yang dijangkit itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori