Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

409,784 Individu Lengkap 2...

KUALA LUMPUR - Seramai 409,784 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19...

Gaya Marian Caunter Yang...

Siapa yang tidak kenal selebriti yang sering dianggap seperti Cinderella ini.Menjadi permaisuri kepada...

Model China Miliki Kaki...

 SEORANG model wanita dari China ini mahu pecah rekod dunia kerana memiliki kaki...

FB Perkenal Penstriman Baru,...

KETIKA majlis acara tahunan Facebook F8 yang berlangsung di San Francisco, Amerika Syarikat...

Giliran Shaheizy Sam Jadi Mangsa Penggodam

AKAUN Facebook peribadi milik pelakon terkenal, Shaheizy Sam yang diikuti oleh 1.7 juta pengikut itu telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Sam menerusi satu entri terbaharu di laman akaun miliknya pada Selasa.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad berkata, akaun tersebut tidak boleh diakses dan mengakui berasa sedih serta kesal berhubung perkara itu

Susulan itu, pelakon berkenaan memohon maaf kepada para pengikutnya jika pihak tidak bertanggungjawab tersebut mengeluarkan status-status yang menggangu dan tidak berasas.

“FB kena hack! Tidak boleh nak akses masuk sudah. Minta maaf kepada yang terganggu dengan status-status yang abang penggodam kita post di FB saya. Semoga Allah mengampuni dosa beliau dan permudahkan urusan kita semua,” katanya menerusi entri berkenaan.


Memetik sumber, difahamkan semua status yang dimuat naik oleh pelakon Polis Evo itu sebelum ini telahpun dipadam dan kali terakhir Sam mengemas kini platform berkenaan adalah pada khamis lalu.

Baca: Kecoh! Zul Ariffin Kongsi Gambar ‘Anu’ Di Instagram?

Selain Sam, pelakon berbadan sasa iaitu Zul Ariffin juga pernah menjadi mangsa siber apabila laman Instagram miliknya digodam.

Lebih mengejutkan, penggodam tersebut turut memuat naik foto menampakkan alat sulit lelaki menerusi Instory milik pelakon berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori