Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dapat Kerja Semula Selepas...

SEORANG pembantu di sebuah pasaraya yang dibuang kerja kerana duduk di atas pencuri...

Mayat Tinggal Rangka Dijumpai...

TUMPAT - Mayat seorang lelaki yang telah reput ditemukan orang awam dalam semak...

Didakwa Tak Faham Tajuk...

NAMPAKNYA kicauan Twitter pelakon sensasi, Fathia Latiff atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul...

Impian Pesakit Kanser Jadi...

KUALA LUMPUR - Walaupun kelihatan terkejut dengan layanan yang diterima, namun Harith Maisara...

Guna Beruang Serah Bola Cetuskan Kontroversi

GARA-GARA terlalu ekstrem dan mahukan yang terbaik dalam persembahan bola sepak, seekor beruang terlatih digunakan untuk melakukan persembahan sebelum sepak mula telah menimbulkan kontroversi di Rusia.

Rusia yang bakal menjadi negara tumpuan dunia dalam perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA akan datang memang dikenali kerana menjadikan beruang sebagai simbol negara tersebut.

Berikutan itu, aksi divisyen tiga di negara berkenaan kelmarin melibatkan FC Angusht Nazran menentang FC Mashuk-KMV Pyatigorsk menjadi tumpuan apabila ada persembahan seekor beruang sebelum perlawanan bermula.

Menurut portal Independent, beruang bernama Tim itu dibawa keluar ke tepi padang oleh pelatih haiwan tersebut pada perlawanan berkenaan.

Tim telah diarahkan berdiri dan kemudiannya membuat gerakan menepuk tangan ke arah penonton yang kemudiannya turut sama melakukan tindakan tersebut.

Pelatih berkenaan memberikan bola kepada Tim untuk diserahkan kepada pengadil perlawanan bagi memulakan sepak mula aksi liga negara Soviet itu.

Selepas pengadil mendapatkan bola tersebut, Tim kembali menepuk tangan ke arah penonton sebelum perlawanan bermula.

Aksi itu telah mendapat kecaman daripada pejuang hak asasi haiwan yang merupakan Pengarah Persatuan Melindungi Haiwan Dengan Beretika (PETA), Elisa Allen dengan menggelarkan tindakan itu tidak wajar dilakukan.


“Satu tindakan kejam menggunakan beruang sebagai alat suruhan dalam bola sepak kerana perbuatan itu sangat berbahaya. Beruang merupakan simbol Rusia.

“Jadi kami harap rakyat negara itu menunjukkan rasa belas kasihan dan patriotisme dengan berhenti melakukan perkara sedemikian (buli beruang). Sepatutnya mereka halang liga daripada melakukan aksi sebegini,” katanya.

Menurutnya lagi, penggunaan beruang sebagai hamba tawanan boleh mendatangkan kecederaan jika pelatih tidak dapat mengawalnya apabila beruang tersebut naik angin secara tiba-tiba.

Pengurus kelab Mashuk, Rustam Dudov memberitahu, beruang itu dipinjam dari sarkas yang terdekat dengan kelabnya dan mengarahkan untuk melakukan persembahan sebelum perlawanan bermula.

Tambahnya lagi, Kesatuan Bola Sepak Rusia telah meluluskan permohonan bagi persembahan tersebut sebelum mengadakannya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori