Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Dira Abu Zahar Umum...

PELAKON dan pengarah terkenal, Dira Abu Zahar menerusi laman Twitternya baru-baru ini memberitahu...

Menteri Besar Negeri Sembilan...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat...

Penyebaran Berita Palsu Perlu...

SINGAPURA - Berita palsu walaupun hanya satu, perlu dibanteras segera penyebarannya, kata Ketua...

Shah Iskandar Alu-Alukan Tajaan...

BERPEGANG atas prinsip rezeki jangan ditolak, pelakon kacak Shah Iskandar yang bakal mengakhiri zaman...

Hak Pembangunan Sarawak Akan Terus Dilaksanakan

MIRI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi memberi jaminan beliau akan terus menjamin hak serta membangunkan Sarawak bersama pimpinan kerajaan negeri.

Najib berkata negeri Sarawak dekat di hati beliau malahan telah dibuktikan menerusi pelbagai komitmen serta projek yang telah dilaksanakan menerusi kerjasama erat kerajaan pusat dan negeri.

“Saya telah datang ke negeri ini sebanyak 60 kali, menerusi walkabout ke 163 lokasi banyak projek telah dilaksanakan malahan peruntukan besar seperti Pan Borneo Highway bernilai RM22 bilion juga telah diberi.

“Saya juga telah serahkan semula Empangan Bakun balik kepada kerajaan negeri Sarawak kerana empangan ini boleh membekalkan tenaga elektrik yang boleh menarik ramai pelabur datang ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat 2018 di Eastwood Valley Golf and Country Club di sini malam ini.

Hadir sama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta Timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri James Jemut Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang stabil, aman serta selamat.


“Rakyat perlu memilih kerajaan berdasarkan rekod pencapaian yang telah dibuktikan.

“Dalam politik rakyat tidak boleh menilai sekadar melihat atau mendengar cakap ahli politik sebaliknya perlu melihat karakter individu tersebut.

“Politician yang running for office (Politikus yang mengejar jawatan) akan cakap dan janji yang manis sahaja namun dia boleh pula cakap berlainan atau bertentangan sama sekali dengan apa yang dia telah cakap dan buat selama ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori