Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Misha Omar Selamat Lahirkan...

TAHNIAH diucapkan kepada pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar yang telah selamat melahirkan...

Kes Adib: Polis Tak...

SHAH ALAM - Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula individu yang disyaki...

Sebar MyKAS Lama Dakwa...

KUALA LUMPUR - Maklumat bertajuk “Benarkah pemegang Kad Pengenalan Sementara layak mengundi" seperti...

Jabatan Penjara Nafi Anwar...

PETALING JAYA - Jabatan Penjara menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi layanan istimewa...

Hampir Pasti Parlimen Dibubar Jumaat

KUALA LUMPUR – Parlimen ke-13 bakal dibubarkan pada hari esok, Jumaat, 6 April, selepas berakhirnya sesi terakhir Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka mengadap Yang Dipertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet pagi esok.

Sejak seminggu lalu, ramai telah menjangkakan Parlimen akan dibubarkan pada Jumaat, selepas berakhir sesi Dewan Rakyat dan sebelum pelancaran Manifesto Barisan Nasional di Bukit Jalil pada malam hari Sabtu, 7 April.

Pilihan Raya Umum ke-14 akan dilaksanakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen, dijangka pada awal bulan Mei sebelum bermula bulan Ramadan.

BN memasuki pilihan raya umum kali ini dengan lebih yakin setelah berjaya melaksanakan program-program pembangunan untuk rakyat seperti MRT laluan Kajang-Sungai Buloh, meningkatkan jumlah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), dan pemansuhan beberapa tol di Selangor dan Johor.

Pentadbiran Najib juga menunjukkan penghayatan dan pelaksanaan dasar-dasar berhubung Islam yang sederhana.


Di peringkat antarabangsa, kerajaan pimpinan Najib telah menangani hubungan dengan negara luar termasuk kuasa besar Amerika Syarikat dan China dengan berhemah dan berdiplomasi.

PRU14 ini juga bakal dijalankan dalam keadaan pakatan politik pembangkang dilanda perpecahan dan pelbagai masalah dalaman. – Mynewshub.cc

Kategori