Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Alexis Jaring Gol Pertama...

ALEXIS Sanchez menjaringkan gol pertama Manchester United dalam kemenangan Liga Perdana Perdana Inggeris...

Semua R&R Di LPT2...

KEMAMAN - Kerajaan Terengganu menjangkakan kesemua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang...

Berbaloi Menang Kes Di...

KUANTAN - Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan majlis perkahwinan berlangsung...

Kedah Harap Kerajaan Persekutuan...

ALOR SETAR - Kedah menaruh harapan yang tinggi agar kerajaan persekutuan memberi bantuan...

Bangladesh Hantar Pelarian Rohingya Ke Pulau

DHAKA – Kerajaan Bangladesh akan mula menempatkan kira-kira 100,000 pelarian Rohingya di sebuah pulau di selatan negara itu mulai Jun depan.

Setiausaha Pengurusan Bencana Bangladesh, Shah Kamal, berkata, tempat perlindungan bagi kira-kira 50,000 pelarian dibina di pulau Bhashan Char di Teluk Benggala walaupun kawasan itu terdedah kepada cuaca buruk.

Ketika memberi taklimat kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelmarin, beliau berkata, baki tempat perlindungan akan siap dalam tempoh dua bulan.

“Penempatan itu akan bermula minggu pertama Jun. Kami membina kemudahan untuk 100,000 orang,” katanya.

Projek penempatan pelarian berkenaan mencetuskan kritikan hebat sejak dicadangkan pada 2015 kerana pulau itu didakwa tidak selamat didiami.

Menurut Shah, tentera laut membina 1,440 tempat perlindungan besar untuk menempatkan pelarian menjelang 31 Mei.


Tentera laut juga menambak kawasan rendah dan membina benteng sekitar kawasan itu bagi memastikan pulau berkenaan mampu menahan air pasang besar serta ribut monsun.

Hampir 700,000 pelarian Rohingya menyeberang sempadan dan berlindung di Bangladesh bagi melarikan diri daripada keganasan tentera Myanmar di negeri Rakhine pada tahun lalu. – AFP/myMetro Online

Kategori