Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Pelajar Kolej...

Padang Besar : Polis sedang mengesan seorang pelajar kolej swasta kerana disyaki terbabit...

Video Lamar: Hairul Rancang...

KECOH sebentar industri hiburan semalam tatkala melihat tindakan pelakon Misiku Kuza, Hairul Azreen...

KPDNHEP Lupus Barang Rampasan

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor melaksanakan pelupusan melibatkan pelbagai barang rampasan termasuk barangan tiruan bernilai lebih RM1.64 juta (RM1,643,430.50) di stor penyimpanan ekshibit Selangor, Pusat Perindustrian Bukit Raja Seksyen 7 pada Isnin.

BSN Sasar 72,000 Pemegang...

KUALA LUMPUR - Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan 72,000 pemegang baharu kad...

Harap ‘Jaminan Orang Muda’ Dapat Perkasa Belia

SEREMBAN – Belia di Negeri Sembilan berharap manifesto Barisan Nasional (BN) untuk mereka, ‘Jaminan Orang Muda’, yang dibentangkan Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin malam ini bersempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dapat memperkasa golongan itu sebagai pelapis negara.

Jurutera Projek Megat Ariff Othman Razali, 25, berkata cadangan BN untuk mewujudkan sebuah aplikasi dalam talian, e-Riadah, amat dinanti-nantikan kerana ia secara tidak langsung dapat mewujudkan belia yang suka bersukan.

“Saya juga tertarik dengan cadangan untuk menaik taraf infrastruktur di kompleks-kompleks sukan mini. Sebagai seorang individu yang mementingkan gaya hidup sihat, saya sering ke kompleks sukan di kawasan perumahan saya namun peralatan yang disediakan sudah terlalu lama dan ada yang rosak maka ia perlu diganti dengan peralatan yang lebih terkini supaya sesuai dengan perkembangan sukan semasa,” katanya.

Bagi mahasiswa tahun akhir, Universiti Kebangsaan Malaysia Che Nor Elysha Sofea Che Shaharul, 22, berkata manifesto BN yang menjanjikan pekerjaan dalam tempoh enam bulan, bakal memberi impak positif kepada negara jika berjaya dilaksanakan kerana ia dapat mengurangkan masalah pengangguran.

“Saya berharap agar keutamaan dapat diberikan kepada lepasan universiti kerana kebiasaannya, semasa saya memohon pekerjaan, syarikat tersebut pasti ingin pengalaman bekerja, bagaimana nak ada pengalaman sedangkan kami baru sahaja tamat belajar,” katanya.


Sementara itu, Bendahari Kelab Belia Seri Sendayan Addy Noor Irwan Jamal, 34, berkata aplikasi MyCadang, seperti yang ditawarkan dalam manifesto BN, adalah satu medium yang sangat baik bagi mendapatkan maklum balas belia sebagai pelapis peneraju negara.

“Kita ni belia banyak idea-idea yang kita nak kemukakan kepada kerajaan tetapi medium untuk menyalurkannya agak terbatas, jadi sekiranya BN berjaya mewujudkan aplikasi MyCadang ini, sudah semestinya idea kami akan mendapat perhatian dan ia bertepatan ke arah negara menuju Transformasi Nasional 2050,” katanya. – BERNAMA

Kategori