Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dari Awal, KKM Minta...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) sejak dari awal lagi, melahirkan kebimbangan terhadap risiko...

Imuniti Kelompok 75 Peratus...

KUALA LUMPUR - Malaysia dijangka mencapai imuniti kelompok, meliputi 75 peratus daripada populasi...

Calon Isteri Saya Mestilah...

MESKIPUN Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red telah 'meluahkan' kenyataan bahawa dirinya...

2 Maut Dalam Nahas...

NILAI - Dua maut dalam kemalangan jalan raya ketika orang ramai merebut peluang...

Harga Kekal Lagi Minggu Ke-2 Berturut-Turut

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu dan bagi seminggu berikutnya menyaksikan harganya terus kekal dua minggu berturut-turut.

Ia ekoran ketidaktentuan permintaan global selain usaha pihak Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) cuba mengurangkan pengeluaran menyaksikan bekalan minyak mentah masih lagi konsisten di pasaran dunia.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu bagi produk RON 95 ditetapkan sebagai tidak berubah lagi kepada RM2.20 seliter untuk minggu seterusnya.

Manakala had maksimum harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 pula dalam tempoh seminggu yang akan datang ini ditetapkan juga kekal sebagai konsisten kepada RM2.47 seliter iaitu sama seperti sebelumnya.

Dalam pada itu pula, harga runcit baharu untuk minyak diesel sepanjang tempoh tujuh hari yang sama diumumkan sebagai turut malar kepada RM2.18 seliter sekali gus melakar sejarah bagi minggu kedua secara berturut-turut.

Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 5 April sehingga 11.59 malam pada 11 April 2018.


Mulai 29 Mac tahun lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar yang lebih stabil berbanding harga bulanan dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga itu tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – MYNEWSHUB.CC

Kategori