Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Rakyat Vietnam Mati...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki rakyat Vietnam dijumpai mati dipercayai akibat ditikam di...

Kerajaan Jamin Tidak Mansuh...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan tidak akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan...

Lelaki Masih Hidup Selepas...

MUMBAI - Seorang buruh binaan di India mencipta keajaiban kerana masih hidup walaupun...

KL Antara 10 Bandar...

PUTRAJAYA - Ketika pihak pembangkang kutuk Malaysia sebagai negara muflis, Kuala Lumpur disenaraikan...

Harga Minyak Terus Kekal Lagi Untuk Minggu Ke-3

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu dan bagi seminggu berikutnya menyaksikan ia terus kekal untuk minggu ketiga berturut-turut.

Ia ekoran ketidakstabilan permintaan sejagat selain langkah pihak Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) cuba menurun pengeluaran menyaksikan bekalan minyak mentah masih lagi konsisten di pasaran global.

Menurut laporan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Rabu, harga siling terbaharu produk RON 95 ditetapkan tidak berubah kepada RM2.20 seliter untuk minggu seterusnya.

Manakala had maksimum harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 pula dalam tempoh seminggu yang akan datang ini ditetapkan juga kekal sebagai konsisten kepada RM2.47 seliter iaitu sama seperti minggu sebelumnya.

Dalam pada itu pula, harga runcit baharu untuk minyak diesel sepanjang tempoh tujuh hari yang sama diumumkan sebagai turut malar kepada RM2.18 seliter sekali gus melakar sejarah bagi minggu ketiga secara berturut-turut.

Kenyataan KPDNKK berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut berkuat kuasa mulai dari pukul 12.01 tengah malam 12 April sehingga 11.59 malam pada 18 April 2018.


Mulai 29 Mac tahun lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar yang lebih stabil berbanding harga bulanan dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Untuk rekod, penetapan kadar harga runcit minyak secara bulanan itu sebenarnya sudah lama dilaksanakan oleh pihak KPDNKK yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu ekoran ketidaktentuan harga minyak global.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga itu tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – MYNEWSHUB.CC

Kategori