Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

William Cuba Serang Mahathir?

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Ken didakwa cuba mewujudkan...

Safiq Rahim Bergelar Duta...

SIAPA cakap pemain bola pun tak boleh jadi model dan duta produk kan.Mereka...

6 Pekerja Terbunuh Selepas...

Suphan Buri - Enam pekerja warga Myanmar maut kelmarin selepas sebuah rumah yang...

Penuntut Diberi Nasihat Untuk...

SEBUAH universiti di United Kingdom dikritik selepas ia menggalakkan para pelajar untuk mempertimbangkan...

Harimau Malaya Mengaum, Belasah Bhutan 7-0

KUALA LUMPUR – Empat jaringan kapten pasukan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak membantu pasukan bola sepak kebangsaan kembali mengecapi kemenangan, apabila membelasah Bhutan 7-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad Harimau Malaya menamatkan badi 12 perlawanan tanpa kemenangan, selepas kali terakhir mencatatkan kemenangan pada November 2016 ke atas Kemboja dalam perlawanan Piala AFF 2016.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang mempamerkan aksi yang kemas dan berdisiplin sepanjang perlawanan itu, berjaya membuka jaringan ke atas pasukan yang dibarisi oleh pemain semi-pro pada minit ke-11, apabila Wan Zack Haikal Wan Nor menanduk masuk bola hantaran Mohd Zaquan.

Lapan minit kemudian, Mohd Zaquan menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti, apabila Wan Zack dikasari oleh pemain pertahanan Bhutan, Nima Wangdi di dalam kotak penalti, sebelum Muhammad Irfan Zakaria menanduk masuk bola sepakan sudut daripada Wan Zack pada minit ke-27.

Tangkapan kurang kemas penjaga gol Bhutan, Kinzang Gyeltshen menyaksikan bola percubaan Mohd Zaquan pada minit ke-36 terus masuk ke gawang gol pasukan yang menghuni ranking dunia ke-188 itu, selepas baharu sahaja dibelasah 7-0 oleh Maldives dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019, Rabu lepas.

Mohd Zaquan melengkapkan hatrik tiga minit kemudian, apabila barisan pertahanan Bhutan, yang terus mempamerkan corak permainan bertahan, gagal mengeluarkan bola ketika suasana kelam kabut di dalam kotak penalti, sebelum Mohd Zaquan meledak masuk bola ke dalam gawang.


Bermula pada babak kedua, skuad Harimau Malaya terus menunjukkan taring, apabila penyerang berusia 30 tahun itu sekali lagi mencipta jaringan pada minit ke-54, dengan meledak masuk hantaran silang Nazirul Naim Che Hashim, sebelum beliau digantikan oleh Mohd Noor Hakim Hassan.

Gol terakhir perlawanan dijaringkan oleh Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-74, yang menanduk masuk bola daripada sepakan sudut, untuk mencatatkan kemenangan pertama buat skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional, sejak menewaskan Thailand 3-2 pada final Piala AFF 2014, walaupun tewas 4-3 berdasarkan keputusan agregat.

Ia juga merupakan kemenangan pertama kepada Cheng Hoe, selepas mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih pada Disember lepas, apabila Nelo Vingada mengosongkan tempat itu.

Dalam dua perlawanan di bawah kendalian Cheng Hoe, Malaysia mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Mongolia dalam aksi persahabatan antarabangsa di venue yang sama pada 22 Mac lepas, sebelum tewas 1-2 kepada Lubnan di Beirut dalam aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2019, Selasa lepas. – BERNAMA

Kategori