Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sambutan Maal Hijrah Di...

PUTRAJAYA - Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di ibu negara Rabu depan bakal...

Pantai Lengang, Bangkai Paus...

CAPE TOWN, Afrika Selatan - Pantai popular di bandar raya ini yang sepatutnya...

Pergerakan Ke Zon Merah,...

JOHOR BAHRU - Pergerakan pekerja industri ke zon merah antara punca utama pertambahan...

Ditangkap Ketika Curi Barang...

KUALA KANGSAR - Padah mencuri! Itulah yang dialami seorang lelaki apabila dia ditangkap...

Hasil Soal Siasat Berguna 2 Suspek Rakyat Malaysia

BANGKOK – Pegawai polis dari Malaysia memperoleh “maklumat yang berguna” selepas soal siasat dua suspek rakyat Malaysia berhubung rampasan terbesar 700 kilogram dadah jenis “Ice” (Crystal Methaphetamine) di Hatyai.

Ketua Biro Anti Narkotik (NSB) Thailand Lt Jen Sommai Kongvisaisuk berkata maklumat yang diperoleh oleh para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang menyoal siasat kedua-dua rakyat Malaysia itu termasuk identiti dalang percubaan penyeludupan dadah dan sindiket yang didalanginya.

“Mereka mendapat maklumat yang sangat berguna,” kata beliau dan menambah soal siasat yang dijalankan oleh pegawai polis Malaysia di Bangkok baru-baru ini, juga menunjukkan kerjasama erat yang terjalin antara pasukan polis serantau dalam memerangi pengedaran dadah.

Beliau ditemui media selepas menghadapi satu majlis untuk mempamerkan 1.78 juta pil “Yaba” (Syabu), 703.3 tan “Ice” dan 1.38 tan ganja yang dirampas oleh NSB sejak minggu lepas yang dianggarkan bernilai 890 juta Baht (RM114 juta).

Sommai berkata kedua-dua suspek rakyat Malaysia itu tidak akan dihantar pulang ke Malaysia tetapi akan dihadapkan ke pengadilan di Thailand.

Tiga pegawai polis dari JSJN, Bukit Aman berlepas ke Bangkok minggu lepas dan berada sekurang-kurangnya 10 jam di ibu pejabat NSB menyoal siasat kedua-dua suspek yang ditahan di Hatyai minggu lepas bersama 700 kilogram dadah jenis “Ice” yang hendak diseludup ke Malaysia.

Kejayaan di Hatyai itu merupakan rampasan terbesar dadah oleh NSB tahun ini.


Ketua Polis Nasional Jen Chakthip Chaijinda yang juga menghadiri acara hari ini mengumumkan bahawa sejak lima bulan lepas, NSB telah merampas 1.97 tan “Ice”, 16.7 juta pil “Yaba” (Syabu), 415 kilogram heroin, 41 kilogram kokain dan 6.21 tan ganja.

Menurut beliau, polis Thailand menganggarkan bahawa dadah yang dirampas itu bernilai 4.16 bilion Baht (RM533 juta).

Sementara itu, Sommai berkata rampasan terbesar dadah oleh NSB dan agensi penguatkuasaan lain di Thailand menunjukkan bekalan dadah berkurangan di pasaran gelap antarabangsa yang mendorong sindiket melipatgandakan pengeluaran. – BERNAMA

Kategori