Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ibu Tunggal Mati Dengan...

MARANG - Seorang ibu tunggal warga Thailand ditemui mati dengan kira-kira sembilan kesan...

Kedah, Perak Teruskan Rentak...

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kedah meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala Malaysia...

TH Serah Zakat Perniagaan...

SEREMBAN - Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.96 juta...

7 Warga Asing Dijel,...

JOHOR BAHRU - Tujuh warga asing dijatuhi hukuman penjara antara 12 bulan dan...

Hidup Zul Bahagia, Nekad Selalu Tukar Kata Laluan IG

KONTROVERSI yang melanda pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin bagaikan terus berlanjutan waima dia sudah mengeluarkan kenyataan mengenai penyebaran gambar alat sulit lelaki baru-baru ini.

Baca: Kecoh! Zul Ariffin Kongsi Gambar ‘Anu’ Di Instagram?

Juga: Reaksi Wanita Terhadap Foto Kontroversi ‘Anu’ Zul Ariffin

Disebabkan itu, Zul memberitahu bahawa dia akan sering menukar kata laluan akaun Instagram miliknya dengan lebih kerap supaya perkara seperti itu tidak akan berulang lagi.

“Sedikit sebanyak perkara ini buat saya dipandang serong masyarakat, saya belajar dan lepas ni kena selalu tukar kata laluan,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Selain itu, Zul turut mendakwa bahawa terdapat tiga orang individu yang mempunyai kata laluan akaun Instagramnya dan bekas kekasihnya, Zahirah MacWilson tidak termasuk daripada mereka.

Hal ini kerana sebelum ini, ada beberapa dakwaan mengatakan kononnya Zahirah merupakan dalang disebalik penyebaran gambar tidak senonoh itu disebabkan hubungan cinta mereka yang telah putus ditengah jalan.

“Saya berkongsi kata laluan dengan tidak lebih daripada tiga individu yang saya percayai dan mereka perlu ada kata laluan IG saya untuk membantu jika berlaku perkara tidak diingini.

“Akaun saya bukan kali pertama digodam tetapi sudah berkali-kali. Tapi dia (Zahirah) tidak ada kata laluan saya,” tambahnyaa lagi.

Bagaimanapun, bagi pelakon drama Titian Cinta itu, apa yang terjadi kepadanya telah memberi satu pengajaran yang besar sepanjang bergelar selebriti.

Dalam rasa kesedihan akibat penyebaran gambar itu, Zul tetap berasa lebih gembira selepas hubungannya bersama dengan aktor tinggi lampai itu telah berakhir.

Katanya, selepas putus cinta dia kini semakin bebas untuk berlakon dengan mana-mana pelakon wanita lain tanpa perlu meminta keizinan kepada sesiapa.

“Gembira, ya sangat gembira sekarang. Saya inginkan masa untuk diri saya sendiri. Tiada apa yang ingin difikirkan hanya kerja dan menyibukkan diri.


“Saya juga tidak perlu minta kebenaran untuk bergandingan dengan sesiapa sahaja,” ujarnya.

Ketika ditanya soal responnya terhadap sikap golongaan peminat wanita yang bagaikan ‘dirasuk’ selepas melihat foto itu, Zul tidak mahu mengulas panjang.

Sejak penyebaran foto itu, kebanyakan gadis muda dan golongaan wanita bagaikan ‘dirasuk’ dan meronta-tonta merayu untuk melihat gambar berkenaan yang telah tersebar di laman Twitter beberapa hari lalu.

Namun, pelakon berusia 32 tahun itu tidak mampu untuk menghalang jika ada daripada mereka mahu menyimpan foto tidak senonoh itu.

“Saya sedar foto itu sudah tular dan menjadi buah mulut ramai. Kalau mereka rasa nak simpan gambar itu, simpanlah. Tapi mereka harus sedar yang foto itu tidak senonoh,” katanya.

Malah, selepas kejadian itu, jika dia ke mana-mana pasti akan ada segelintir masyarakat yang memberi pandangan nakal kepadanya.

Leih-lebih lagi sekiranyaa dia sedang memesan makanan di restoran pandu lalu, pasti ada sahaja yang akan tersenyum tersipu-sipu malu kepadanya.

Tetapi sebagai selebriti yang sudah lali dengan kontroversi, Zul tidak mahu terlampau memikirkan soal perkara itu kerana baginya, dia sudah melupakan semuanya dan mahu lebih fokus pada kerjaya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori