Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tubuh Bahagian Khas Kendali...

KUALA LUMPUR - Satu bahagian khas perlu ditubuhkan bagi melancarkan serta memberi kemudahan...

UMNO Bincang Hala Tuju...

KUALA LUMPUR - Tiada pertemuan fizikal membabitkan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO...

Warkah Christoph Mueller Kepada...

HARI ini saya ingin mengumumkan keputusan ikhlas yang saya ambil untuk meninggalkan Malaysian...

Polis Minta Bantuan Kesan...

SIBU - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pemuda yang dilaporkan...

Hina Orang Gemuk, Zaihani Diselar Ramai Pihak

KENYATAAN pengkritik fesyen, Zaihani Mohd. Zain yang mempersenda individu bertubuh besar tampaknya telah memakan dirinya sendiri apabila dia dikecam hebat pelbagai pihak.

Memetik beberapa sumber, pereka fesyen terkenal iaitu Datuk Tom Abang Saufi antara salah seorang penggiat industri fesyen yang dikatakan ‘tidak sebulu’ dengan wanita terbabit.

Menurut Tom, sejak dahulu lagi dia belum pernah mendengar isu berat badan seseorang tetamu menjadi masalah mahupun isu dalam pertunjukan fesyen di peringkat global yang dihadirinya.

“Kami sudah ke pelbagai tempat untuk kerja dan sentiasa berkongsi warisan negara. Kami turut menghadiri pelbagai pertunjukan fesyen di peringkat antarabangsa.

“Setakat ini, belum pernah kami berdepan dengan isu berat badan. Kami sering berkongsi minat dan karya dalam kerjaya,” tulis Tom menerusi entri di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Malah, seorang lagi pereka tempatan, Calvin Thoo turut meluahkan rasa yang sama dengan memberitahu bahawa seseorang itu tidak berhak untuk mengkritik mereka yang bertubuh besar.

Ujar Calvin, berat badan sebenarnya bukanlah satu isu kerana sudah menjadi tanggungjawab para pereka fesyen untuk menghasilkan busana mengikut ukuran tubuh seseorang.

“Saya kenal wanita ini dan bagaimana dia bekerja. Perasan je lebih. Dia fikir dia siapa? Dia tidak tahu ke ramai orang tidak suka dia,” ujar Calvin menerusi posting di Facebook pada Isnin.

Tidak terhenti di situ, kritikan Zaihani itu turut diselar oleh pelakon, Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham yang mengaku terasa hati dengan kenyataan tersebut sekali gus menganggap ia sebagai keterlaluan


Syanie berkata, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya ‘datang’ daripada seorang individu yang selama ini dihormatinya kerana ia begitu mengguris perasaaan.

“Selama ini saya kagum dengan personalitinya, malah tertarik melihat pembawakan dirinya dalam berfesyen. Tetapi, sayang kerana kenyataannya itu, tanggapan saya terhadapnya berubah.

“Dia tidak patut keluar kenyataan yang seolah-olah persenda mereka yang bertubuh besar. Apakah orang bersaiz besar tidak layak hadiri pertunjukan fesyen? Apakah kami hanya sesuai duduk di rumah?

“Saya tiada masalah jika dia mahu kritik fesyen yang digayakan individu bertubuh besar. Itu haknya, tetapi jangan hina seolah-olah kami hanya layak duduk di rumah,” katanya dipetik BH Online.

Pelakon, Syanie.

Kata Syanie lagi, mentaliti seperti itu juga yang secara tidak langsung akan membuat golongan berbadan besar merasa rendah diri selain kurang keyakinan untuk tampil ke depan.

Terdahulu, Zaihani telah memuat naik status yang mengundang ‘amarah’ ramai pihak di media sosial yang disifatkan mengutuk individu berbadan besar.

Difahamkan, penggiat fesyen tersebut meluahkan ketidakselesaan itu selepas duduk bersebelahan dengan individu bertubuh besar dalam sebuah pertunjukan fesyen. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori