Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tiket ETS Tahun Baharu...

KUALA LUMPUR - Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi perjalanan 1 Februari hingga...

Tun Dr Mahathir Berseloroh...

LONDON - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali menerajui tampuk pemerintahan...

Tolak Pemimpin Yang Menghancurkan...

TEMERLOH - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

“Ambillah Banyak Mana Pun...

JERANTUT - "Sesiapa yang nak makan tembikai, datang ke kebun. Ambillah sebanyak mana...

Hishammuddin Kagum Perpaduan BN Sarawak

KUCHING – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin kagum dengan kesatuan dan perpaduan Barisan Nasional (BN) negeri pimpinan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata walaupun suasana politik menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU 14) tidak semeriah di semenanjung pada ketika ini, namun beliau pasti semua parti di negeri ini memahami perjuangan BN yang bersatu hati.

“Ini terbukti apabila semua parti komponen memahami bahawa perjuangan kita ini sama, kita berada dalam bahtera sama dan ini bukan sesuatu yang mudah untuk kita bina.

“Walaupun ia tidak semeriah seperti yang diharapkan, yang penting kita bersatu. Apa guna meriah sekampung tapi maruah tergadai,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jelajah Perkasa Perwira Kuching 1 Divisyen di Kem Muara Tuang di sini, hari ini.

Hishamuddin berkata struktur dan perancangan BN di negeri ini juga membanggakan apabila tiada percakaran antara parti komponen ketika percalonan.


“Saya lihat sendiri semasa Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) lepas dan saya berharap untuk peringkat PRU 14 kali ini juga tidak lari daripada semangat sama,” katanya.

Beliau mewakili kepimpinan tertinggi BN menyatakan rasa gembira dan lega dengan suasana politik yang tenang di negeri ini. – BERNAMA

Kategori