Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lapor Aktiviti Pendakian Kepada...

YAN - Anggota masyarakat khususnya golongan yang gemar melakukan aktiviti pendakian di kawasan...

Anonymous Malaysia Ancam Bom...

TERTUMPAS sudah tiga individu yang dikenali sebagai Anonymous Malaysia yang dipercayai terbabit dalam memuat...

Selangor Setuju Terima Cadangan...

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor bersetuju menerima cadangan Jajaran Utara Projek Laluan Rel Pantai...

Polis Buru Pemilik Akaun...

JOHOR BAHRU - Susulan mengeluarkan kenyataan menghina umat Islam di laman sosial kelmarin,...

Hitung Detik Bahagia, Rody Kristal Nikah 27 April Ini

TANDA tanya status hubungan gitaris kumpulan rock Kristal, Rody dan tunangnya, penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman terjawab apabila pasangan ini menetapkan 27 April depan sebagai majlis pernikahan mereka.

Dipetik daripada laporan Sinar Online, Rody memberitahu majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya di Kulai, Johor.

“Untuk majlis resepsi pihak saya, insya-ALLAH akan diadakan juga tapi lambat lagi. Yang penting, kami dahulukan nikah dan selesaikan majlis di sebelah pihak perempuan. Yang lain-lain kemudian pun tak apa,” kata Rody.

Dalam pada itu, Rody mengakui perasaannya bercampur-baur selain turut diburu perasaan berdebar menanti hari bahagia.

“Gementar tapi happy (ketawa),” ujarnya ringkas.


Saat ditanya mengenai bakal isteri, Rody memberitahu sikap wanita itu yang pandai mengambil dan menjaga hati dia serta keluarga membuatkan hatinya terpikat sekaligus merasakan ada keserasian antara mereka.

“Niena juga seorang yang happy go lucky dan mudah mesra dengan keluarga,” tambah Rody.

Rody dan Niena saling berkenalan selama enam bulan sebelum lamaran dibuat. Apa yang paling menarik perhatian mengenai pasangan ini adalah Rody melamar Niena menerusi laman sosial Instagram miliknya pada September dan memilih untuk bertunang pada 4 November tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori