Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dikutuk Tiada Bakat, Kim...

LOS ANGELES - Sebahagian orang di dunia ini, mungkin ramai tidak mengetahui bakat...

Ini Baru Betul Penunggang...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) seolah-olah mahu mendakwa usaha menumbangkan...

500 PPR Ditawar Kepada...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 500 daripada 1,000 rumah sementara Projek Perumahan Rakyat (PPR)...

Nabila Huda Berubah, Tak...

SEBELUM ini nama Nabila Huda sering dikaitkan dengan kontroversi tetapi sejak kebelakangan ini,...

HPP Dapat 2 Mesin Baharu Pesakit Jantung

GEORGE TOWN – Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini menerima dua mesin untuk rawatan dan imbasan pesakit jantung iaitu Angiografi C-Arm Biplane dan CT Scan 64-Multi Detector bernilai RM10.8 juta.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kedua-dua mesin itu akan memudahkan para doktor menjalankan tugas dan mengurangkan masa menunggu bagi kes-kes kecemasan.

Mesin Angiografi C-Arm Biplane itu ditempatkan di Jabatan Kardiologi untuk rawatan jantung manakala mesin CT Scan 64-Multi Detector ditempatkan di Jabatan Radiologi bagi imbasan (scan) jantung.

“Pemberian dua buah mesin oleh kerajaan persekutuan itu membuktikan kerajaan sentiasa melihat masalah rakyat dan tidak pernah meminggirkan rakyat Pulau Pinang walaupun negeri itu di bawah DAP,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian dua mesin itu di sini hari ini.

Mengenai kesesakan di Jabatan Radiologi HPP, Dr Hilmi berkata kementerian bercadang memperluaskan kemudahan perkhidmatan radiologi ke blok wanita dan kanak-kanak hospital itu.


“Kedua-dua blok baharu itu akan dilengkapi dengan perkhidmatan Radiografi Am, CT Scan, Ultrasound dan Fluroskopi.

“Blok pakar juga akan dilengkapi dengan kemudahan untuk mamografi dan MRI. Ini merupakan perkembangan yang amat positif bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang,” katanya. – BERNAMA

Kategori