Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Terbakar Di Leher Ketika...

SEORANG remaja dari Chicago, Amerika Syarikat melecur gara-gara arus elektrik yang mengalir ketika...

Kerajaan Belanja RM178.9b Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Menyedari kesihatan adalah perkara yang paling berharga di dunia, Perdana...

“Geng Hisham” Ditahan, Motosikal...

BUKIT MERTAJAM - Tiga lelaki, termasuk ketua kumpulan 'Geng Hisham' yang disyaki terlibat...

Ali Tinju Dilepas Dan...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom dilepas...

Husni Yakin BN Mampu Sapu Bersih Tambun

IPOH – Bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yakin Barisan Nasional (BN) akan menyapu bersih kerusi Parlimen Tambun dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta serta Manjoi, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata meskipun sedar pertandingan kali ini lebih sengit, namun imej dan ketokohan yang ada pada calon BN di kawasan berkenaan, mampu memberi nilai tambah, sekali gus mengekalkan kemenangan seperti pilihan raya terdahulu.

“BN sememangnya dikenali dan telah ada tapak di Tambun. Mereka (pembangkang), setiap kali letak orang baharu, sedikit sebanyak ia beri kelebihan pada kita.

“Selain itu, dengan pelbagai pembangunan yang telah kita bawa, saya yakin kita bukan hanya mampu mengekalkan kemenangan malah berupaya meningkatkan jumlah majoriti undi, bukan sahaja di Tambun bahkan di Hulu Kinta dan Manjoi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas proses penamaan calon Parlimen Tambun yang berlangsung di Dewan Sri Kledang Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh, di sini hari ini.

Ahmad Husni yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Tambun, mengingatkan semua calon parti supaya berkempen secara berhemah dan tidak menggunakan emosi sebagai senjata dalam mengekalkan kemenangan BN.

“Kita telah beritahu ahli kita supaya berkempen secara matang, kita tak mahu secara terbuka hentam calon lain. Kita nak membuat anjakan dan membangunkan Tambun ke peringkat yang lebih tinggi lagi,” katanya.


Pada PRU13, Ahmad Husni memenangi kerusi Parlimen Tambun selepas menewaskan calon PKR, Siti Aishah Shaik Ismail dengan majoriti 9,325 undi.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah memenangi kerusi DUN Hulu Kinta dengan majoriti 6,118 undi menewaskan calon PKR, A. Tinagaran dan calon Bebas, Sulaiman Zakaria.

Bagi DUN Hulu Kinta, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun,Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abdin memenangi kerusi tersebut selepas menewaskan calon PAS, Asmuni Awi dengan majoriti 132 undi. – BERNAMA

Kategori