Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Israel Potong Elaun Ibu...

SETIAP bulan, kerajaan Israel menghantar sekeping cek tunai kepada setiap keluarga warganegara yang...

Trump Sedia Jadi Orang...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau bersedia menjadi orang...

JPN Tidak Pernah Lantik...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu...

‘Tonton Pornografi Ubah Kimia...

HANYA satu klik, segala maklumat di Internet boleh diakses tanpa sempadan hingga tanpa...

“Ia Bukan Cincin Tanda Atau Risik” – Nelydia Senrose

PELAKON cantik, Nelydia Senrose menafikan bahawa dia telah dirisik mahupun bertunang selepas dia dilihat memuat naik foto memaparkan cincin di jari manisnya baru-baru ini.

Dipetik daripada laporan BH Online, Nelydia bagaimanapun mengakui cincin berkenaan adalah pemberian jejaka yang dikenali sebagai Hafiz.

“Ia bukan cincin tanda atau risik. Saya hanya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik. Bukan mahu berahsia atau sorok sesuatu, tetapi saya bimbang hal sama berulang seperti hubungan sebelum ini.

“Tetapi, saya berjanji akan kongsi perkara yang baik jika sudah ada kepastian. Saya tidak mahu terlalu bercerita benda yang belum pasti hujung pangkalnya,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai statusnya, Nelydia menegaskan dirinya kini masih solo dan masih belum dimiliki sesiapa.

“Saya bukan tunangan sesiapa. Selagi belum berkahwin, saya masih hak milik ibu bapa,” tegas Nelydia.


Meskipun begitu, Nelydia mengakui dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

“Secara peribadi, saya sudah bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan. Seperti orang lain, saya juga mendoakan pengakhiran yang baik sekiranya menjalin hubungan cinta,” ujarnya.

BACA : Tayang Gambar Cincin, Nelydia Sudah Dirisik?

Nama Nelydia menjadi bualan hangat di laman sosial selepastindakannya memuat naik foto memaparkan cincin di jari manis di akaun sosial Twitter miliknya.

Perkara itu sekali gus mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan netizen yang tidak henti-henti ingin tahu mengenai status aktres berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori