Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tergamam Lihat Rakan Tercampak...

LUMUT - Seorang saksi kejadian letupan bot tempur yang membabitkan lapan anggota polis...

Henti Bincang Peralihan Kuasa...

PETALING JAYA - Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa semua pihak dalam Pakatan Harapan...

6 Buah Stadium Gergasi...

STADIUM bola sepak bukan hanya digunakan sebagai tempat berlatih, berlawan dan arena bagi...

50,000 Disasar Jadi Pengikrar...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 50,000 pengikrar derma organ disasarkan tahun ini berikutan peningkatan...

Indonesia Sahkan Equanimity Tiada Kaitan 1MDB

RASMI… Mahkamah Indonesia semalam, mendapati kapal layar mewah Equanimity yang disita di perairan Bali pada akhir Februari lalu, tiada kaitan langsung dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, hakim Mahkamah Daerah Jakarta Selatan mendapati, kapal layar berkenaan adalah milik sah Equanimity (Cayman) Ltd. dan bukan kepunyaan syarikat pelaburan strategik Malaysia tersebut.

Keputusan itu dibuat mahkamah dalam prosiding perbicaraan terhadap permohonan yang difailkan oleh Equanimity Cayman terhadap Bahagian Siasatan Jenayah Ekonomi dan Khas Polis Indonesia (POLRI).

Ketua bahagian itu, Brig-Jeneral Polis Dr. Rudy Heriyanto Adi, berkata mahkamah dalam penghakimannya, menerima dan meluluskan semua permohonan pra-perbicaraan yang dibuat Equanimity Cayman.

“Ketika meluluskan permohonan terbabit, mahkamah menyatakan bahawa tindakan polis menyita kapal berkenaan pada 26 Februari lalu sebagai tidak sah serta tidak mengikut lunas undang-undang.

“Justeru itu, mahkamah memerintahkan supaya kapal terbabit dikembalikan kepada pemohon (Equanimity Cayman) selaku pemiliknya,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Jakarta susulan penghakiman itu, semalam.

Baca: Sah Berita Palsu, Tiada RM1 Bilion Dalam Equanimity

Rudy berkata, susulan keputusan Mahkamah Daerah Jakarta Selatan yang bersifat muktamad itu, POLRI akan mematuhi perintah yang dikeluarkan dengan segera mengembalikan kapal berkenaan kepada pemiliknya.

“Berdasarkan keterangan yang dikemukakan ketika prosiding mahkamah semalam, kapal layar mewah Equanimity adalah milik sah Equanimity Cayman.


“Tidak ada keterangan menyatakan kaitan di antara kapal Equanimity dengan 1MDB,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kapal layar bernilai hampir RM1 bilion itu, disita pihak berkuasa Indonesia yang bertindak atas permohonan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Ketika diserbu pihak berkuasa Indonesia, kapal mewah yang didaftarkan di Pulau Cayman itu, sedang belayar di perairan Bali bersama 36 kru.

Susulan penyitaan yang dibuat, pada 30 Mac lalu, Equanimity (Cayman) selaku pemilik sah kapal terbabit, dalam kenyataannya menyifatkan DoJ dan pihak berkuasa Indonesia bertindak melampaui had perundangan negara masing-masing dalam isu terbabit.

Susulan itu, pemilik kapal terbabit memfailkan dokumen berkaitan di mahkamah Indonesia dan Amerika Syarikat bagi membuktikan pemilikannya. – Berita Harian

Kategori