Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Polis Tahan 4 Lelaki...

KUANTAN - Empat penjenayah terpaksa berputih mata kerana tidak sempat menikmati hasil samun...

Seram! Hantu Buai Muncul...

KECOH di media sosial apabila gambar menyerupai hantu bermain buaian di Pantai Batu...

Jumlah Keahlian Pemuda UMNO...

KUALA LUMPUR - Nampaknya populariti UMNO dalam kalangan anak muda semakin menyerlah apabila...

Australia Dakwa Negara Asing...

SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, berkata serangan siber ke atas penggubal...

Iran Larang Penggunaan Media Sosial Asing Di Sekolah

KEPUTUSAN drastik telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Iran dengan mengharamkan penggunaan rangkaian media sosial asing di semua sekolah negeri itu yang diumumkan semalam.

Tindakan tersebut bakal dilaksanakan serta-merta atas faktor keselamatan di negara timur tengah itu sepertimana kenyataan yang dimuat naik ke laman web pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khomeini memberitahu kerajaan harus menjamin keselamatan dan privasi rakyat dalam internet.

“Sekolah-sekolah hanya perlu menggunakan rangkaian media sosial domestik untuk berkomunikasi,” ujar kementerian pendidikan dalam satu kenyataan.

Aplikasi Telegram menjadi keutamaan pengguna di Iran setelah Facebook dan Twitter disekat di negara itu namun masih boleh diakses menggunakan rangkaian peribadi maya.

Lapor akhbar tempatan, direkodkan sebanyak 40 juta pengguna bulanan aplikasi Telegram di negara tersebut pada tahun lalu.


Tidak terlepas laman sosial bergambar Instagram juga popular digunakan. Syarikat-syarikat di Iran sering menggunakan kedua-dua platform berkenaan untuk berkomunikasi dengan para pelanggan bagi meraih keuntungan.

Menteri Telekomunikasi, Mohammad Javad Azari Jahromi berkata, rangkaian Iran akan menawarkan jaminan kerahsiaan sama seperti platform asing.

“Tiada mesej dibaca dan tiada maklumat peribadi didedahkan kepada sesiapa,” katanya kepada parlimen. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori