Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SRS Bantu Polis Cegah...

ARAU - Penglibatan penduduk melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan perumahan dan...

Muhyiddin Mengadap Sultan Johor...

JOHOR BAHARU - Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu...

Kerajaan Kukuh, Stabil Perlu...

Selangau : Kerajaan Persekutuan yang kukuh dan stabil diperlukan bagi meneruskan momentum pemulihan...

Dulu Awie Cuba Elak...

MENGAKUI kehidupannya jauh lebih bermakna, pelakon dan penyanyi, Datuk Awie memberitau dia ini...

Israel Larang Mesir Benar Bawa Pulang Jenazah Dr. Fadi

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman telah mengarahkan penguatkuasa Mesir untuk menghalang jenazah jurutera Palestin, Dr. Fadi M R Albatsh, daripada dibawa pulang ke Gaza.

Lapor Palestine News Network Ahad lalu, Lieberman menyatakan bahawa dia “telah membuat satu permohonan mengenai perkara ini melalui kaedah konvensional”, sambil menambah bahawa permintaannya itu relevan kerana sempadan Rafah dikawal oleh kedaulatan Mesir.

Lieberman turut berkata bahawa kerajaan Israel sedang melaksanakan polisi baru yang melarang kemasukan jenazah pejuang gerakan Hamas untuk dikebumikan di Gaza.

Baca: Jenazah Allahyarham Dr Fadi Dibawa Balik Ke Gaza

Juga: Dr. Fadi Ditembak Mati Semalam Dianggap Syahid

Menurut laporan itu, Menteri Pendidikan Israel Naftali Bennett juga pada hari Sabtu berikrar untuk menghalang Hamas daripada membawa tubuh Fadi kembali ke Gaza untuk dikebumikan kecuali Hamas mengembalikan tentera Israel yang ditahan di Gaza.

Sebelum ini, mayat dua orang tentera Israel yang terbunuh, Simcha Goldin dan Oron Shaul, dan dua lagi penduduk Israel yang terselamat, Avera Mengistu dan Hisham al-Sayed, yang memasuki Gaza atas kehendak sendiri pada tahun 2014 dan 2015, kini sedang yang ditahan oleh Hamas.


Fadi, 35, dari pekan Jabalia, utara Gaza, telah dibunuh di hadapan kondominium Puteri Idaman di Setapak, ketika dalam perjalanan untuk solat subuh kira-kira pukul 6 pagi, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Kedutaan Palestin di Malaysia dilaporkan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia dan Mesir untuk membawa pulang jenazah Fadi ke Gaza atas permintaan keluarga allahyarham. – MYNEWSHUB.CC

Kategori