Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Belum Sedia Laksana...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST)...

11 Kru Dikhuatiri Hilang,...

JOHOR BAHRU - Sebelas kru kapal korek pasir dikhuatiri hilang apabila kapal mereka...

Biadap, Bawa Anjing Di...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bertindak mencarut dan mengamuk selepas ditegur oleh pengawal...

Isu Tanah: Titijaya Dapat...

KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh Titijaya Land Bhd, Shah Alam City...

Istana Berkecuali Dalam Politik – Raja Muda Perlis

KANGAR – Istana merupakan pihak berkecuali dalam kancah politik dan tidak memihak kepada mana-mana parti, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah istana hanya berpihak kepada perlembagaan dan undang-undang yang dilaksanakan secara adil dan saksama.

“Istana juga sentiasa akur kepada kehendak rakyat yang selaras dengan sistem demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan negara ini.

“Apa yang menjadi kewajipan istana ialah membimbing rakyat kepada kesantunan budi dan keluhuran adat yang mulia,” titah baginda ketika merasmikan Majlis Muhibbah Bersama Masyarakat Cina dan Siam di One Centre Malaysia Darul Abrar dekat sini, petang ini.

Baginda merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah kepimpinan istana adalah saksama, merentasi agama, parti politik dan warna kulit.


Tuanku Syed Faizuddin juga menegaskan setiap kerajaan dan pentadbiran harus sentiasa adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira latar politik mereka.

Turut hadir pada majlis itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor. – BERNAMA

Kategori