Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

12 Maut Bas Terjunam...

NAIROBI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila bas mini yang dinaiki terjunam ke...

14 Orang Pegawai Kastam...

Seramai 14 orang pegawai Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dihadapkan ke mahkamah pada hari...

Kebakaran Stor: Tiga Beranak...

KUALA TERENGGANU - Tiga beranak bersyukur sempat menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam kebakaran...

Mourinho Ramal England Tersingkir...

JANGKAAN... Jose Mourinho meramalkan England akan tersingkir dari Piala Dunia 2018 di tangan...

Isteri ‘Tukul’ Kepala Suami Curang Di Rumah

BERANG dan cemburu suaminya ada hubungan sulit dengan wanita lain mendorong si isteri bertindak memukul kepala suaminya dengan tukul besi sebelum gantung mayatnya di siling rumah.

Lapor Tribunnews, suspek terdahulu bertengkar dengan suaminya, Fendik Tri Oktasari, 27, di kediaman mereka di Sawah Gede, Kedurus, Karangpilang, Surabaya pada malam Jumaat lalu selepas perbuatan Fendik terbongkar.

Oleh kerana terlalu berang dan gagal mengawal diri, suspek berusia 26 tahun itu mengambil tukul besi dan memukul kepala suaminya sebanyak dua kali sehingga menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

Panik melihat keadaan mangsa, suspek kemudian menggantung Fendik dengan tali di atas siling ruang tamu bagi membuatkan mansgsa seolah-olah membunuh diri.

Difahamkan, ketika kejadian itu berlaku, dua anak mereka yang masih kecil tidur di dalam bilik dan tidak mendengar pergaduhan tersebut.


Ketua Polis Karangpilang, Noerjano berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan di kepala mangsa.

“Kepala mangsa tidak berdarah ketika dipukul dengan tukul besi, tetapi bedah siasat mendapati tempurung kepalanya pecah dan ada darah beku di dalamnya.

“Mangsa dipercayai mati akibat digantung oleh isterinya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori