Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Batuk Berdarah Lepas Balik...

PENYANYI Sufian Suhaimi berkata dia diserang batuk yang teruk sehingga mengalami pendarahan. Menurut Sufian,...

Ramai Terkejut Bila Pelakon...

PERTANDINGAN Kilauan Emas musim kelima sudah pun mula ditayangkan setiap hari Rabu di...

Anwar Akan Terajui Negara...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan...

Perluas Program ‘Satu Daerah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan sedang berusaha membawa produk-produk daripada program Satu...

Isu Tanah ATM: Rafidah Didakwa Berniat Serang PM

DAKWAAN jahat bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz berhubung isu tanah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijual kepada kroni hanya bertujuan untuk ‘serang’ perdana menteri sendiri.

Demikian tegas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sambil mendakwa tuduhan bekas Ketua Wanita UMNO itu mengenai penswastaan tanah ATM tersebut adalah tidak berasas malah tanpa fakta.

Naib Presiden UMNO itu sendiri menyuarakan perasaan hairan mengapa Rafidah membawa dakwaan mengenai aset ATM yang diswastakan pada masa sekarang walhal beliau pernah mempunyai masa cukup panjang sebelum ini.

Hishammuddin justeri menilai dakwaan tiada asas kukuh itu jelas mempunyai niat dan sasaran peribadi, apatah lagi ia dibangkitkan sengaja menjelang hari pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada bulan depan.

Hishamuddin juga merasakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ada niat serta agenda terselindung untuk menggugat kredibiliti Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

“Di sini, dia memang mahu tekankan kepada Najib dan saya,” kata beliau ketika sidang media selepas melancarkan Program Satu Anggota Satu Rumah (SASAR) di Kem Transmitter di Sungai Besi, di Kuala Lumpur pada Rabu.

“Saya ulangi bahawa tuduhan ini tiada asas dan fitnah bulat-bulat. Saya harap pihak lain yang berkepentingan akan jawab secara fakta. Ketua Setiausaha Kementerian dan LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) boleh jawab.”

Hishamuddin selanjutnya berkata, beliau memang tidak mahu melayan sebarang tohmahan dilemparkan bekas rakan Kabinetnya itu, kerana ia adalah strategi politik yang memang dirancang, biarpun hakikatnya tanpa asas.

“Kalau jawab pun pasti tidak akan penuhi kehendak mereka. Saya tahu bahawa mereka (pembangkang) sengaja mahu isu sebegini boleh diteruskan lagi sehingga tarikh pembuangan undi nanti,” jelas beliau dalam nada kesal.

Rafidah dalam surat terbuka yang disiarkan menerusi laman sosial Facebooknya pada Sabtu lalu mendakwa konon semua tanah milik Kementerian Pertahanan sudah diswastakan kepada sebuah syarikat yang dimiliki tiga individu.


Beliau menyatakan konon Najib selaku menteri pertahanan pada 2008 telah mengesyorkan penswastaan lebih 40,000 hektar tanah ATM kepada sebuah syarikat milik tiga individu dan telahpun diluluskan serta dilaksanakan.

Sementara itu, Hishammuddin berkata sebanyak 3,500 unit rumah di bawah program SASaR akan dibina di Sungai Besi bagi memastikan lebih ramai anggota dan veteran ATM memiliki rumah pada harga mampu milik.

Daripada jumlah itu, 1,800 diperuntukkan kepada Tentera Darat, 600 unit masing-masing kepada Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia manakala 500 unit lagi kepada warga awam kementerian.

“Spesifikasi keluasan rumah bakal dibina ialah 1,000 hingga 1,200 kaki persegi dengan harga antara RM150,000 hingga RM250,000 seunit yang mana harganya jauh lebih rendah daripada harga pasaran,” kata Hishammuddin.

Ia merupakan permulaan daripada inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Perumahan Kementerian Pertahanan yang dilancarkan pada 3 April lepas. Kementerian berhasrat untuk membina lebih 25,000 unit rumah lagi.

Ini melibatkan 13 lokasi terpilih di seluruh negara sehingga lengkap sepenuhnya pada 2030. Dalam perkembangan sama, Hishammuddin berkata bahawa sebanyak 1,888 unit rumah telah dijual kepada anggota tentera.

Projek prasaran tersbut terletak di Bukit Jalil di ibu negara; Johor Bahru, Johor dan Mutiara Damansara, Selangor di bawah Program Rumah Idaman dengan kerjasama LTAT. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori