Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Adun Pengkalan Kubor Meninggal...

KOTA BHARU - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar...

FIC Agih 500 Jalur...

KUALA LUMPUR – Felda Investment Corporation (FIC) hari ini mengagihkan 500 Jalur Gemilang...

Kes Indira Ghandi: Hormati...

KUALA LUMPUR - Semua pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan...

Chong Wei Sasar Gelaran...

RIO DE JANEIRO - Kejohanan Dunia tahun depan akan menjadi pentas antarabangsa terakhir...

Izzah Minta Henti Bahas Pakatan Mundurkan Melayu

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar meminta polemik Pakatan Harapan berpecah belah dan bakal memundurkan kaum Melayu jika menjadi kerajaan dihentikan.

Nurul Izzah mendakwa kononnya Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan parti pembangkang yang bersatu-padu dalam agenda membangunkan seluruh masyarakat Malaysia terutama kaum Melayu yang merupakan majoriti di negara ini.

“Hakikatnya pentadbiran ekonomi BN telah menyeleweng dan mengakibatkan wujudnya jurang kekayaan yang nyata dalam kalangan masyarakat Melayu dan masyarakat luar bandar terbiar.

“Pakatan Harapan nekad mempertingkatkan kemampuan masyarakat Melayu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau dipercayai membuat pemintaan itu berikutan masyarakat Melayu hari ini semakin menyedari Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan pembangkang yang bakal menghakis kepentingan mereka.

Ia beikutan pelbagai kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Harapan berhubung agenda mereka untuk Malaysia sebelum ini.


Antaranya agenda `Malaysian Malaysia’ oleh DAP yang mendominasi Pakatan Harapan jelas mahu semua aspek di negara ini termasuk tentang kaum dan agama disama tarafkan. – MYNEWSHUB.CC

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori