Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rehatkan ‘Kuda Tua’ Karim,...

KIMANIS - Datuk Seri Najib Tun Razak mengkritik calon Warisan bagi pilihan raya...

Penganjur Selar Polis Berhubung...

Penganjur selar polis berhubung siasatan ke atas himpunan Hari WanitaJawatankuasa penganjur Women's March...

Perjanjian Akhir Penstrukturan Air...

Perjanjian akhir penstrukturan air Selangor akan tetap diteruskan seawal-awalnya esok, biarpun krisis politik...

Pelajar Sanggup Bayar RM500...

PULAU REDANG, (TERENGGANU) – Sekumpulan pelajar tahun kedua Universiti Malaysia Terengganu (UMT), yang...

Jangan Langgar Peraturan Parti – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua anggota UMNO supaya tidak melakukan sabotaj kepada parti, memberikan sokongan kepada pihak yang bertentangan dengan parti atau melaksanakan apa-apa kesalahan berkaitan, menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata semua anggota UMNO termasuk yang memegang jawatan dalam mana-mana peringkat adalah terikat dengan Tataetika Parti serta Perlembagaan UMNO dan sehubungan itu mereka tidak seharusnya terlibat dalam tindakan yang menyalahi atau melanggar peraturan parti.

“Mana-mana anggota parti yang didapati bersalah melakukan hal-hal yang menyalahi kehendak parti boleh dipecat serta-merta dan digantung keanggotaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tengku Adnan turut berharap semua anggota UMNO dapat memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi serta dapat melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU14.


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon bagi PRU14 pada 28 April dan pengundian pada 9 Mei. – BERNAMA

Kategori