Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Cuma 39 Kerusi Parlimen...

KUALA LUMPUR - Benar Pakatan Rakyat berjaya memenangi 89 kerusi Parlimen dalam pilihan...

Kaki Pemain Golf Negara,...

PEMAIN golf negara, Shaaban Hussin yang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh...

PAC Tidak Akan Audit...

PETALING JAYA - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak akan menjalankan audit terhadap 1Malaysia Development...

Anwar Tetap Pilihan PKR...

KUALA LUMPUR – “Persoalan siapa Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) menang: jawapan...

Jangan Mudah Terpedaya Dengan Pembangkang

SEGAMAT – Penduduk daerah Segamat diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan kempen pilihan raya pembangkang yang hanya datang sekali-sekala untuk menjenguk penduduk di daerah itu.

Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, berkata kehadiran pemimpin pembangkang semasa musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini hanya untuk merosakkan fikiran rakyat dan bukan membawa pembangunan positif kepada masyarakat di daerah ini.

Beliau berkata penggunaan logo dan simbol PKR oleh Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 ini menunjukkan bahawa ia bukan satu pakatan yang stabil seperti Barisan Nasional (BN), malah ia hanya menunggu masa untuk berpecah belah sebelum atau selepas pilihan raya 9 Mei ini.

“Percayalah kepada simbol dacing (BN) yang membela nasib semua lapisan rakyat berbanding dengan simbol mata (PKR) yang membawa kepada pemikiran yang tidak stabil,” katanya.

Dr Subramanian, yang juga Presiden MIC, berkata demikian ketika berucap merasmikan jentera PRU14 BN Parlimen Segamat di hadapan 2,500 orang di Dataran Yayasan, dekat sini, hari ini.


Ahli Parlimen tiga penggal itu turut menasihati pengundi di daerah itu agar membuat pilihan tepat pada PRU14 nanti agar mereka tidak menerima nasib sama yang terpaksa dipikul selama lima tahun oleh pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah di bawah DAP.

Terdahulu, Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, merasmikan Klinik Kesihatan Sementara Palong Timur di Felda Palong Timur, dekat sini.

Dr Subramaniam mula menjadi Ahli Parlimen Segamat pada 2004 apabila menewaskan calon DAP, Pang Hok Liong dengan majoriti 7,809 undi sebelum mempertahankan kerusi itu pada PRU 2008 dengan mengalahkan lawan sama dengan majoriti 2,991 undi.

Pada PRU13, pada 2013, Dr Subramaniam mengalahkan calon PKR dan bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng dengan majoriti, 1,217 undi. – BERNAMA

Kategori