Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pergaduhan Sudah Dijangka –...

SHAH ALAM - Perlawanan persahabatan antara pasukan Bawah 23 (B-23) tahun negara dan...

Penemuan 3 Mayat Dalam...

ORANG awam digemparkan dengan penemuan tiga mayat lelaki di tiga lokasi berasingan di...

Senarai Manifesto Barisan Nasional...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan menawarkan 65 inisiatif dalam manifesto...

Fattah Amin Syukur Dikurnia...

PELAKON, Fattah Amin meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sentiasa berada...

“Jangan Pandang Remeh Kerja Pengacara Beli-Belah”

SEBAGAI selebriti, pasti mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk menguatkan lagi nama di dalam industri hiburan.

Bagi pelakon dan pengacara Raja Farah Raja Aziz, dia bagaikan sudah lali dengan sikap segelintir masyarakat yang seperti memandang rendah terhadap kerjaya seorang pengacara bagi program beli-belah di kaca televisyen (TV).

“Benar, saya pernah berfikiran begitu. Bagi saya, kita hanya perlu jadi ‘sales girl‘ jual barang… Kerja tiada kelas, konon,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Menurut Farah yang kini menajdi hos rancangan CJ Wow Shop, sebelum ini dia turut pernah berfikiran kolot seperti itu.

Tetapi, sebenarnya apabila dia mula memasuki dunia pengacaraan program beli-belah di kaca televisyen, barulah dia merasai bahawa tidak mudah menggalas tanggungjawab sebagai ‘jurujual’ di dalam televisyen.

“Apabila diberi peluang mengendalikan CJ Wow Shop, ternyata bukan mudah… Sangat berbeza dengan pandangan skeptikal segelintir orang. Tapi, saya tak salahkan mereka, program seperti ini masih baharu di Malaysia,” ujarnya lagi.

Sebagai pengacara, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut merasai penat kerana setiap hari dia perlu menjalani rakaman ulasan produk.

“Kami dilatih pengacara ulasan produk yang berpengalaman lebih 20 tahun. Saya rasa seperti ‘kejutan budaya’ pula kerana tidak pernah ada pengalaman menjual barang di TV,” tambahnya.


Menurut bekas pengacara program bual bicara pagi Assalamualaikum terbitan TV AlHijrah itu, program beli-belah di dalam televisyen tidaklah semudah seperti dia mengendalikan program lain.

Hal ini kerana, mereka selaku pengacara perlu terus merakamkan slot selepas mendapat skrip dan berbincang beberapa ketika bersama pasangan hos.

Dalam masa yang sama, sebagai isteri, Farah merasai bahawa dia sangat beruntung apabila suaminya, Iskandar Ismail sangat memahami tugasnya sebagai seorang pengacara.

Hasil perkahwinan pada September 2015 lalu, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Imran Iskandar.

Selain mengacara, Farah turut mengusahakan perniagaan pemanis mulut macaron sebagai duit tepi buatnya dan keluarga. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori