Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Padah Keluar Ikut Lubang...

GARA-gara cuba keluar dari rumah melalui lubang pintu jeriji, seorang kanak-kanak berusia 10...

Banduan Mak Nyah Rayu...

SEORANG transgender yang dipenjara bersama beberapa banduan lelaki paling digeruni di Britain, merayu...

Polis Sabah Sahkan 4...

KOTA KINABALU - Polis Sabah mengesahkan empat rakyat Malaysia diculik oleh lapan lelaki...

Razarudin Dilantik Timbalan Ketua...

PUTRAJAYA: Datuk Razarudin Husain@Abd RasidDilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa...

Jangan Salah Guna Peluang, Kuasa Pesalah Rasuah

KUALA LUMPUR – “Saya rayu, tolong jangan salah guna ruang, peluang dan kuasa,” itu peringatan yang diberikan oleh pesalah rasuah, Mohd Firdaus Ramlan, 36, ketika menyampaikan ceramah “Tumbuk Rusuk, Duit Panadol” di hadapan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini.

Bekas majistret itu yang kini aktif dalam aktiviti pencegahan rasuah di seluruh negara berkata tiga perkara – ruang, peluang dan kuasa merupakan antara punca beliau mula terlibat dengan gejala tidak bermoral itu.

“Berhati-hati dengan tiga benda ini kerana selepas tamat belajar adik-adik (pelajar) akan mempunyai jawatan…saya dulu ego dan rasa kebal dengan kuasa yang ada, rasa diri ada imuniti dan tidak akan dikenakan tindakan,” katanya.

Mohd Firdaus berkata sewaktu menggalas tugas sebagai majistret suatu ketika dahulu, beliau mempunyai kuasa untuk meringankan hukuman dan sebagai balasan kepada budi bicaranya orang kena tuduh (OKT) perlulah menyediakan ‘duit panadol’ (duit rasuah).

“Bermula dengan sekotak rokok, kemudian RM50 dan akhirnya mencecah ribuan ringgit. Wang rasuah yang diterima itu akan sentiasa dirasakan tidak cukup,” katanya.

Pada Oktober 2009 tindakan beliau telah dihidu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila badan itu bekerjasama dengan orang bawahannya sendiri untuk berkas beliau sebelum disabitkan dengan dua kesalahan iaitu meminta dan menerima duit rasuah di Mahkamah Sesyen.

Katanya, individu berkenaan yang selama ini menjadi orang tengah antara beliau dengan OKT dalam proses pengambilan duit rasuah, telah terlebih dahulu ditangkap SPRM hasil laporan seorang bekas OKT.

Lebih menyedihkan apabila keluarganya turut menerima tempias dan terpaksa menanggung malu akibat perbuatannya setiap kali berhadapan dengan masyarakat.

“Saya dalam penjara tidak jumpa sesiapa, tetapi keluarga saya yang terpaksa berhadapan dengan masyarakat…jangan tempuh apa yang saya pernah lalui,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi cerita menyentuh hati apabila ibu, adik dan bapa tirinya meninggal dunia dua minggu sebelum keputusan kes rasuahnya akibat kemalangan malah sehingga kini dirinya dihantui rasa kesal yang menebal kerana telah memberi ibunya wang hasil rasuah.


“Saya menyalahkan diri sendiri apabila mak terlibat dalam kemalangan kerana merasakan akibat perbuatan rasuah yang dilakukan perkara ini terjadi… tetapi itu takdir yang sudah tertulis,” katanya.

Mohd Firdaus sekali lagi diuji apabila lidahnya ‘keras’ ketika mahu membaca al-Quran iaitu ayat awal surah al-Baqarah, Alif Lam Mim.

“Tuhan punya kuasa, ayat yang semudah itu pun saya tidak boleh sebut, berpuluh-puluh air kolah masjid saya minum sebelum saya boleh membaca al-Quran semula.

“Selain itu, 48 daripada 50 pasang kasut yang dimiliki turut dimakan anai-anai, hanya tinggal dua, satu daripada kasut yang tak rosak saya beli semasa gaji pertama,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya apa yang membuatkannya terpanggil untuk berkongsi pengalamannya sebagai pesalah rasuah kepada masyarakat terutamanya pelajar, beliau berkata “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.

“Belum ada lagi pesalah rasuah yang tampil secara terbuka untuk berkongsi kisah mereka…saya kena lakukan perkara ini kerana tidak mahu anak-anak saya dan generasi akan datang melakukan perkara sama (terlibat rasuah),” katanya.

Mohd Firdaus yang dipenjarakan pada 2012 dan dibebaskan 2014 kini aktif menyampaikan ceramah mengenai rasuah dengan berkongsi pengalamannya di pelbagai institusi khususnya agensi kerajaan. – BERNAMA

Kategori