Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Najib, Ahmad Zahid Ucap...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada Anggota Parlimen...

Isu Ramasamy Diserahkan Kepada...

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan campur tangan dalam isu...

NFCP Pacu Kehidupan Rakyat...

JASIN - Senyuman terukir di wajah rakyat Jasin di sini apabila ditanya tentang...

Negara Bakal Lalui Sistem...

Oleh Ayu Delita PendekKUALA LUMPUR -- Bermula esok Malaysia bakal menyertai 169 negara di...

JAS Garis Panduan Tangani Isu Kenderaan Tersadai

PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menggubal perundangan dan mewujudkan garis panduan bagi menangani isu pengurusan kenderaan buruk tersadai atau ditinggalkan terbiar di tepi jalan atau di tempat letak kereta awam di negara ini.

Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekitar, Prof Datuk Dr Mazlin Mokhtar berkata kerajaan perlu mengambil tindakan dalam menangani isu tersebut memandangkan bilangan kenderaan tersadai atau ditinggalkan terbiar meningkat setiap tahun.

“JAS akan menguruskan buangan terjadual kenderaan tersadai di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan menggubal perundangan dan mewujudkan garis panduan agar dasar pengurusan kereta tersadai dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Masalah tersebut merupakan antara isu yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kualiti Alam Sekeliling yang dipengerusikan beliau pada 29 Mac lepas di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini.

Mazlin yang merupakan Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , berkata Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 5 Jun tahun depan untuk mengawal pelepasan bendasing udara dari punca-punca tetap seperti industri, loji janakuasa dan insinerator.


Beliau berkata JAS telah menjalankan beberapa siri seminar di seluruh negara sejak 2014 bagi tujuan hebahan umum mengenai pemakaian serta pematuhan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

“Industri-industri perlu mengamalkan tujuh Environmental Mainstreaming Tools (EMT) yang diperkenalkan oleh JAS bagi memastikan pematuhan terhadap Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dapat dicapai,” katanya.

Tujuh EMT tersebut adalah berkaitan alam sekitar iaitu, dasar, pembelanjawanan, jawatankuasa pemantauan, kemudahan, kecekapan, pelaporan dan komunkasi serta ketelusan.

Ahli Majlis Kualiti Alam Sekeliling itu terdiri daripada wakil pelbagai kementerian, wakil kerajaan negeri Sabah dan Sarawak serta wakil daripada industri petroleum, kelapa sawit, getah, persekutuan pekilang-pekilang Malaysia, akademik dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar. – BERNAMA

Kategori