Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Peniaga Kerugian Ditipu Kenalan...

KUANTAN - Seorang peniaga kerugian RM28,600 selepas diperdayakan kenalan laman sosial Facebook yang...

Jualan Akhir Tahun Shopee...

KUALA LUMPUR – Shopee, platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan, melancarkan...

Bomba Periksa Semua Pusat...

SEREMBAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan akan membuat pemeriksaan ke atas...

Volvo Malaysia Sasar Terajui...

SEBERANG PERAI - Volvo Malaysia Sdn Bhd menyasar untuk menjadi peneraju jenama trak...

Jasad Pelajar Malaysia Di Bali Diterbangkan Petang Ini

JAKARTA – Jasad pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Bali pada Jumaat akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur petang ini.

Jasad, V. Tharshine, 24, yang maut dalam kemalangan motosikal di Bali itu akan diterbangkan menggunakan pesawat MAS Kargo jam 4.25 petang ini dan dijangka tiba di Kuala Lumpur 7.25 malam.

Menurut jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, kedutaan dengan kerjasama pihak berkuasa Indonesia membantu menguruskan penghantaran jenazah itu.

“Mangsa turut dibantu untuk mendapatkan tuntutan ganti rugi daripada pemerintah Bali kerana kemalangan tersebut berlaku di jalan atau kawasan yang diselia oleh pihak pemerintah Bali.

“Pihak pemerintah Bali telah bersetuju untuk memberikan ganti rugi sebanyak Rp50,000,000.00 (RM14,040.00). Wang ganti rugi tersebut digunakan sebagai kos penghantaran jenazah,” katanya.

Dalam kejadian Jumaat jam 6.45 petang itu, Tharshine, 24, pelajar Universitas Udayana, Bali maut di tempat kejadian sementara dua lagi rakan mangsa yang datang bercuti, cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah trak yang diletakkan di tepi jalan di Karangasem.


Rakan mangsa, S. Shivalamar, 24, yang membonceng motosikal yang ditunggang Tharshine, mengalami cedera parah di kepala dan badan manakala seorang lagi rakannya, Rehan Chandra Sekaran, 25 yang menunggang motosikal lain, cedera ringan.

” S.Shivamalar, 24, yang mengalami kecederaan parah pula akan diberikan wang pampasan sebanyak Rp20,000,000.00 (RM5,600.00),” kata jurucakap itu.

Mayat mendiang dijadual dibawa pulang ke kediaman mereka di Taman Sri Muda, Shah Alam. – BERNAMA

Kategori