Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Zain Saidin Masak Sendiri...

SUSAH betul nak maintain bentuk tubuh yang sado seperti Zain Saidin ini kerana...

12 Subjek UITM Disenarai...

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya menyenaraikan 12 subjek dalam penarafan...

1 Maut, 4 Parah...

BESUT - Seorang terbunuh dan empat yang lain cedera parah apabila Proton Wira...

Ramai Terkejut Bayi Baru...

SEORANG bayi perempuan baharu lahir sekelip mata menjadi popular di Internet selepas berjaya...

Jemaah Menteri Sedia Ada Ialah Kerajaan Sementara

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri sedia ada merupakan ‘Kerajaan Sementara’ bermula dari masa pembubaran Parlimen sehingga jemaah menteri baru dilantik selepas pilihan raya umum atau Parlimen bersidang semula selepas pilihan raya umum mengikut mana yang lebih awal.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini berkata kerajaan sementara boleh membuat tindakan-tindakan bagi maksud menjalankan urusan pentadbiran kerajaan sehingga suatu kerajaan baru dibentuk.

“Antara contoh perkara pentadbiran tersebut ialah seperti meneruskan pelaksanaan dasar sedia ada dan mengadakan majlis rasmi kerajaan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ali berkata konsep kerajaan sementara adalah suatu konvensyen perlembagaan yang turut diamalkan di negara Komanwel seperti United Kingdom dan Australia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.


Ali merujuk kepada satu kes mahkamah berkata Mahkamah Persekutuan turut mengiktiraf bahawa Jemaah Menteri hendaklah ada pada setiap masa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong walaupun selepas Parlimen dibubarkan selaras dengan peruntukan Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ali turut menjelaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan Perkara 40 menyatakan bahawa Yang Di-Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat Jemaah Menteri atau Menteri yang diberikan kuasa am oleh Jemaah Menteri. – BERNAMA

Kategori