Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

1 Maut, 2 Hilang...

LIMBANG – Seorang maut manakala dua termasuk seorang kanak-kanak masih hilang apabila sebuah...

Belanjawan 2024: Cadangan RM300...

IPOH - Cadangan inisiatif kewangan RM300 juta diperuntukkan untuk membina tandas bertaraf ‘Bersih,...

Gunung Marapi Di Sumatera...

JAKARTA – Gunung Marapi di barat Indonesia meletus hari ini dengan membebaskan abu...

Ingatkan Mayat, Rupa-Rupanya Mat...

SUNGAI BESAR - Orang ramai di Pasar Awam Sungai Besar, di sini, gempar...

Jenazah Allahyarham Dr. Fadi Dibawa Balik Ke Gaza

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Dr. Fadi Mohammed Al Batsh yang ditembak mati dekat kediamannya di Setapak semalam, akan dibawa balik ke Gaza, di Palestin seperti diminta oleh keluarga.

Duta Besar Palestin ke Malaysia, Datuk Dr. Anwar H. Al Agha berkata pihak kedutaan telah menerima arahan jelas dari Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk menguruskan segala-galanya termasuk kepulangan ahli keluarganya ke Gaza.

“Proses untuk membawa balik jenazah Allahyarham telahpun bermula tetapi mungkin mengambil masa kerana proses autopsi masih dijalankan.

“Kita juga perlu berbincang dengan kerajaan Mesir kerana kita akan membawa jenayah Allahyarham dari Kaherah ke Gaza. Ia bukan mudah tetapi kita perlu mematuhi dan menghormati undang-undang dan peraturan setiap negara terlibat,” kata beliau ketika ditemui di Hospital Selayang di sini hari ini.

Anwar yakin bahawa pihak Malaysia akan bekerjasama dalam usaha ini dan abang Fadi yang dijangka tiba di sini lewat hari ini melalui Jerman akan membantu dalam proses membawa balik jenayah Allahyarham.


Fadi, 35, pensyarah kanan Kejuruteraan Elektrik di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), ditembak di luar Kondominium Idaman Puteri di Setapak ketika sedang berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk mengimamkan solat Subuh semalam.

Dua lelaki yang menaiki motosikal dikatakan telah menunggunya sebelum melepaskan 10 das tembakan yang mengenai mangsa. — BERNAMA

Kategori