Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Anak Presiden Korean Air...

Seoul - Rupanya keangkuhan anak perempuan Presiden Korean Air tidak sekadar menyebabkan penerbangan...

RM13 Juta Duit Maksiat...

TELOK KEMANG - Jabatan Imigresen berjaya merampas wang tunai lebih RM13 juta dalam...

Korek Pasir Muara Sungai...

PUTRAJAYA - Aktiviti mengorek pasir di muara Sungai Puyu, Pasir Panjang, Seri Manjung,...

Video: Restoran Mamak ‘Kitar...

RAKAMAN video seorang pekerja restoran membasuh sisa makanan yang tidak habis untuk 'dikitar semula'...

Jenazah Dua Pelajar Malaysia Dijangka Tiba 1 Mei

KUALA LUMPUR – Jenazah dua pelajar Malaysia, yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jalan Garuda Sakti, Pekanbaru, Riau, Indonesia, Ahad lepas, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), esok.

Menurut jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, kedua-dua jenazah mangsa, Mohammad Shaiful Bukhari Amat, 25, dan Ameer Hakimi Azman, 20, dibawa menaiki pesawat Lion Air pada 6.30 petang (waktu Indonesia Barat) dari Pekanbaru sebelum transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

Jurucakap itu berkata kedua-dua jenazah mangsa dijangka diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan pesawat pertama Malaysia Airlines pada jam 4.25 pagi esok (waktu tempatan).

Jenazah Ameer Hakimi akan diterbangkan ke Pulau Pinang antara jam 9 hingga 11 pagi waktu Malaysia manakala jenazah Shaiful Bukhari akan dipindahkan ke Lapangan Terbang Subang untuk diterbangkan dengan penerbangan ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Sandakan, Sabah katanya.

Dalam kejadian jam 3.30 petang waktu tempatan, kedua-dua pelajar berkenaan yang menunggang sebuah motosikal dilaporkan terlanggar sebuah lori yang berhenti di tengah jalan di Pekanbaru.


Kedua-dua mangsa adalah pelajar Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN Suska) Riau.

Ameer Hakimi disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke sebuah hospital manakala Mohamad Shaiful meninggal dunia ketika dirawat di Rumah Sakit Aulia. – BERNAMA

Kategori