Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Chris Hipkins Sah Sebagai...

WELLINGTON - Parti Buruh New Zealand mengesahkan Chris Hipkins sebagai pemimpin baharu parti...

Remaja Maut Tercucuk Buluh...

MACHANG - Hasrat tiga sepupu bersiar-siar di sekitar kampung pagi tadi berakhir dengan...

Pemandu Kereta Maut Dalam...

SRI AMAN - Seorang pemandu maut apabila kereta Toyota Spaco yang dipandunya melanggar...

Seteru Dengan Dr Mahathir...

KUALA LUMPUR – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perseteruan beliau dengan...

JICA Bantu APMM Tingkat Keupayaan Latihan

KUALA LUMPUR — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapatkan bantuan kepakaran Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) bagi mempertingkatkan keupayaan pengetahuan serta latihannya.

Ini ekoran Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara APMM dan JICA pada luar Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (Natsec) 2018 di sini hari ini.

​​​​​Ketua Pengarah APMM Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata JICA akan menawarkan kepakarannya bagi membolehkan APMM mempertingkatkan lagi pengetahuan serta keupayaan latihan termasuk meningkatkan kepakaran dan keupayaan tenaga pengajar APMM.

Zulkifli berkata Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Kuantan Pahang bermatlamat untuk menjadi pusat kecemerlangan di Asia Tenggara yang menyediakan latihan dalam keselamatan marin kepada negara asing bagi meningkatkan keselamatan maritim serantau.


“Latihan berterusan dalam keselamatan maritim bagi pelatih antarabangsa di AMSAS dikendalikan oleh jurulatih APMM yang profesional dan terlatih bagi memperkukuhkan hubungan antara agensi keselamatan maritim di rantau ini,” katanya selepas majlis menandatangani MoU itu.

Beliau berkata para pelatih juga diberikan tugas merancang eksasais bersama dalam penguatkuasaan undang-undang maritim dan melaksanakan apa yang dirancang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

Kategori