Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

TMJ Buat Lawak Stadium...

KUALA LUMPUR - Selepas membidas Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kerana mendakwa penyokong...

Lebih 400,000 Kanak-Kanak Dijangkiti...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati penularan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak...

Sekurang-Kurangnya 20 Maut Bas...

HYDERABAD - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas pemandu bas...

PH Akan Tentukan Tarikh...

PORT DICKSON - Majlis Presiden Pakatan Harapan akan menentukan bila tarikh yang sesuai...

Jiwa Murni ATM Bantu Baik Pulih SK Tampi-Tampi

SEMPORNA – Projek Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) komited menabur bakti kepada komuniti setempat, selain menjalankan tugas hakiki menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) Brig Jen Zarondin Md Amin berkata projek Jiwa Murni ATM kali ini melibatkan gotong-royong membersihkan kawasan, mengecat bangunan serta kerja-kerja membaiki lantai dewan serbaguna Sekolah Kebangsaan Tampi-Tampi di sini.

“Program ini merupakan medium terbaik ATM untuk mendekati masyarakat setempat di kawasan tanggungjawab, selain menghulurkan bantuan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pada program itu, ATM turut menyalurkan bantuan kelengkapan sekolah kepada 65 murid yang kurang berkemampuan.


Projek Murni ATM di SK Tampi-Tampi itu berjalan lancar dengan kerjasama 12 pegawai serta 90 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas ATB2 dan KD Sri Semporna, guru sekolah, Persatuan Kebajikan Anak-Anak Semporna, Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah serta penduduk kampung. – BERNAMA

Kategori