Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

WhatsApp Kini Menyokong 256...

WHATSAPP akhir-akhir ini membuat beberapa perubahan yang disukai oleh pengguna. Selepas menawarkan aplikasi mereka...

Portal Berita ‘Putar-Belit’ Kenyataan...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan...

Ops Warta: MTUC Minta...

PETALING JAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa polis supaya tidak melawat...

Lelaki Maut, Porsche Dipandu...

ALOR GAJAH - Lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di...

Johari Yakin Tambat Hati Pengundi Titiwangsa

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani yakin mampu menambat hati pengundi, sekiranya dipilih untuk terus bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Ini (Parlimen Titiwangsa) adalah tempat lahir dan saya sendiri dibesarkan di sini.

Dengan apa yang telah saya lakukan sejak lima tahun lepas kepada warga Titiwangsa, saya yakin tidak mustahil untuk terus kekal di Parlimen ini sekiranya dipilih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemantapan Hati Wanita 2018 Women Quran Hour di sini, hari ini.

Dalam Majlis itu, lebih 500 pengunjung termasuk pelajar, ibu tunggal dan usahawan berkumpul dan membaca Al-Quran beramai-ramai dengan tema Baca, Faham dan Amal.


Ketika ditanya mengenai khabar angin terdapat calon lain yang akan dipilih Barisan Nasional untuk bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa pada PRU14, Johari yang juga Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa berkata beliau tiada masalah dengan perkara berkenaan.

“Sesiapa sahaja boleh dipilih menjadi wakil di Parlimen ini. Tiada masalah, tetapi bagaimana mereka meyakinkan para pengundi dalam kawasan itu yang akan menentukannya,” katanya. – BERNAMA

Kategori