Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Individu Rakam, Viral Campak...

IPOH - Polis tidak pernah menganggap individu yang merakam dan menyebarkan viral insiden...

Pastikan Jarak Selamat Di...

ALOR SETAR - Pengguna jalan raya diingatkan supaya menjaga jarak yang selamat semasa...

Gavin Raih Anugerah Pemain...

JAKARTA – Pemain golf nombor satu Malaysia, Gavin Kyle Green menamatkan pencapaian menakjubkan...

Prosiding RCI Forex BNM...

PUTRAJAYA - Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata...

Johor Islamik Antara Fokus Manifesto BN Johor

JOHOR BAHRU – Konsep Johor Islamik merupakan antara fokus manifesto Barisan Nasional (BN) Johor yang akan dibentangkan Sabtu ini.

Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata selain mengekalkan konsep Johor Islamik, antara tawaran BN Johor dalam manifesto ini ialah untuk memastikan institusi sekolah agama kerajaan negeri akan sentiasa kekal relevan .

“Apapun yang kita (BN Johor) akan buat, kita akan pastikan ia juga dapat memberi manfaat kepada masyarakat khususnya yang beragama Islam,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan majlis pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) fasa 5 yang melibatkan tiga buah sekolah iaitu SAKJ di Taman Bukit Mutiara, Taman Cahaya Masai dan Kong Kong Laut di Dataran Masjid Taman Bukit Mutiara, di sini hari ini.

Mohamed Khaled, yang juga Menteri Besar Johor itu, berkata demikian ketika mengulas mengenai intipati manifesto BN Johor yang akan dilancarkan Sabtu ini.

Sementara itu, mengulas mengenai manifesto pihak pembangkang yang dilihat tidak terperinci dan menyeluruh, Mohamed Khaled berkata manifesto BN Johor yang bakal ditawarkan akan lebih relevan serta menyeluruh dan dilihat mampu memberi manfaat kepada semua kaum.

“Mereka (pembangkang) mengatakan ada tsunami Melayu, macam mana nak kata ada (tsunami Melayu) apabila manifesto mereka sendiri langsung tiada tawaran khusus untuk orang Melayu.”

“Mereka cakap berlaku tsunami Melayu sebab hendak kekalkan tsunami Cina yang (dilihat) semakin hari semakin luntur, jadi untuk kekalkan sokongan Cina itu kekal, dia (pembangkang) kata orang Melayu pun akan lari,” katanya.


Terdahulu, Mohamad Khaled dalam ucapan beliau turut memberi bayangan akan mengembalikan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa kepada UMNO jika rakyat memberi sokongan penuh kepada parti itu.

Pada PRU 13, kerusi DUN Puteri Wangsa menyaksikan calon BN dari MIC iaitu M. Soorianarayanan tewas kepada calon Pas, Abdullah Husin dengan majoriti 3,469 undi.

Sementara itu, sebanyak RM18.5 juta diperuntukkan bagi pembinaan tiga buah SAKJ fasa 5 bagi SAKJ Taman Bukit Mutiara, SAKJ Taman Cahaya Masai dan SAKJ Kong Kong Laut yang dijangka siap dalam masa setahun setengah. – BERNAMA

Kategori