Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pindaan Akta Kerja Dibentangkan...

KUALA LUMPUR - Pindaan kepada Akta Kerja 1955 dijangka dibentangkan di Parlimen pada...

Video: Baling Gas Pemedih...

KALAU di Parlimen termasuk Malaysia, adalah sesuatu yang biasa apabila melihat pihak kerajaan...

4 Dikhuatiri Tertimbus Tanah...

KUALA LUMPUR: Empat mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit...

Operasi Premis Makanan Dilanjut...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju melanjutkan operasi kedai makan, restoran dan perkhidmatan penghantaran...

Jokowi Jelajah Kampung Tunggang Motosikal Chopper

SUKABUMI – Jelajah bermotosikal Presiden Indonesia, Joko Widodo dengan menunggang chopper menarik perhatian ribuan penduduk berkumpul di sepanjang jalan di Sukabumi, Jawa Barat.

Puluhan penunggang motosikal mengiringi pemimpin mesra disapa sebagai Jokowi yang menunggang motosikal Royal Enfield Bullet 350cc berwarna emas miliknya yang dibeli dengan harga Rp140 juta (RM41,400).

Jokowi mencuri perhatian dengan pakaiannya iaitu berjaket denim serta memakai but, seperti penunggang motosikal berkuasa tinggi, bukannya seperti presiden.

Media Indonesia melaporkan, dia melakukan jelajah masuk kampung dengan bermotosikal ke Sukabumi untuk menghadiri dua program di Desa Pasir Suren dan Desa Citarik.

Jawa Pos melaporkan, kedua-dua program itu anjuran Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) dan Kementerian Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi.

Jokowi turut menyertai sesi dialog dengan urus setia program yang juga penduduk tempatan.


“Saya melalui perjalanan kira-kira 30 kilometer (km) ke Pantai Pelabuhan Ratu dan tempatnya amat cantik. Keadaan jalannya juga berliku, pada masa sama dapat mengenali Pelabuhan Ratu,” katanya.

Jokowi turut disertai Menteri PUPR, Basuki Hadimuljono; Menteri Perhubungan, Budi Karya Sumadi dan Ketua Staf Presiden, Moeldoko yang turut menunggang motosikal. – Agensi/myMetro Online

Kategori